Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Politik ] Kekalahan : Ghani, Ali Rustam jadi mangsa emosi pengundi

by Lisa Aina
May 6, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

“Saya menerima keputusan dan apa yang berlaku di Gelang Patah, (kekalahan) ini mampu memperjelaskan trend mengundi mengikut kaum yang berlaku kini.

“Kita boleh nampak bagaimana tindak-tanduk pengundi yang tiba-tiba emosi,” demikian reaksi bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani ketika mengulas mengenai kekalahannya kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan majoriti 14,762 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

IKLAN
Dalam hal ini, Abdul Ghani menyifatkan kemungkinan ada pihak yang membangkitkan isu tersirat yang membuatkan berlakunya pengundian bersifat perkauman.
ghani-othman1-may4
“Itu yang saya dapat digambarkan dalam PRU ini,” katanya yang nampak sugul.
Bagaimanapun, beliau bersyukur apabila Barisan Nasional (BN) dapat membentuk semula kerajaan negeri Johor selepas memenangi majoriti dua pertiga kerusi DUN Johor.

Di Melaka, bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyifatkan kekalahannya di kerusi Parlimen Bukit Katil umpama rakyat tidak menghargai jasanya selama 13 tahun membangunkan negeri itu.
470x275x80aba49643ac7eded063ce984a343e55.jpg.pagespeed.ic.pDDXYLz4cq
“Saya amat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini yang tidak berpihak kepada saya dan BN, seolah-olah BN tidak melakukan apa-apa untuk rakyat.

“Keputusan kali ini membuktikan kaum Cina langsung tidak menghargai kerajaan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar pukul 1.30 pagi ini.

Mohd. Ali yang mendapat 40,720 undi tewas dengan majoriti 5,447 kepada Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd. Akin yang menerima 46,167 undi. – KOSMO

Tags: barisan nasionalBNdatuk abdul ghanidatuk seri ali rustamjohorkalah pru13ketua menteri melakamelakamenteri besar johorpru13
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan