Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result

[ Info Kesihatan ] 10 Makanan / Minuman Yang Membuatkan Kita Cepat Tua

by Aida Sue
May 6, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Percaya atau tidak, ada beberapa jenis makanan / minuman yang boleh membuat kita tua. Lupakan anti penuaan jika anda terus makan dan minum makanan ini secara berlebihan. Berikut adalah 10 makanan yang membuat kita lebih cepat tua seperti yang ditulis di Huffington Post, iaitu:

coke
Gula

Ada beberapa alasan kenapa gula membuat kita tua. Ketika ada kelebihan gula di dalam tubuh, gula akan mengikat dirinya dengan kolagen, membuat kulit tampak kerut. Menurut Diet Myths Busted; Food Facts Not Nutrition Fiction oleh Ann A. Rosenstein, kehilangan keanjalan kulit muda membuat kulit berkerut dan tampak tua. Hal ini tentunya juga berlaku untuk gula-gula yang banyak mengandungi gula.
Lemak Trans

IKLAN

Seperti gula, kelebihan lemak trans membuat kulit tampak tua dan tidak anjal. “Lemak trans menyumbat dan membuat arteri kaku, serta menyempitkan aliran darah,” yang mana membuat kulit tampak tua, tulis Rosenstein. Lemak trans sering terdapat pada makanan segera.
Garam

Garam membuat tubuh dehidrasi. Ketika kita mengalami dehidrasi, kita menjadi mudah capek, yang akan membuat kita terlihat lelah dan tua. Ditambah lagi, kelebihan garam telah menyumbang terhadap penyakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, dan mengganggu metabolisme tulang.
Kopi

Kafein yang terkandung di dalam kopi juga membuat tubuh dehidrasi, sehingga membuat kita nampak cepat penat dan lebih tua.
Pemanis Buatan

Aspartam yang terdapat dalam pemanis buatan sering kali membuat kita sakit kepala dan sakit sendi. Hal ini boleh membuat kita menginginkan makanan yang manis-manis, yang mana kesannya sama seperti gula.
Alkohol

Mengambil alkohol terlalu banyak membuat tubuh dehidrasi dan menyebabkan kedutan, kehilangan kolagen, kemerahan, dan bengkak, menurut The Dr. Oz Show.
Minuman Kesihatan

Minuman yang satu ini membuat enamel di gigi 8x lebih cepat rosak daripada minuman bersoda. Hakisan ini membuat gigi kelihatan kuning dan tidak sihat, menurut Dr. Oz.
Karbohidrat

Pengambilan karbohidrat berlebihan boleh merosakkan kolagen dan serat di dalam kulit, menurut WebMD.
Makanan yang Digoreng

Makanan yang digoreng telah menyumbang menurunkan kolagen dalam kulit, yang mana membuat kulit berkerut dan lelah, menurut GalTime.com
Soda

IKLAN

Selain banyak gula, soda juga membuat tubuh mengalami dehidrasi, akibatnya tubuh keletihan dan kita kelihatan penat. “Peraturan yang baik dalam mengambil air putih adalah minumlah separuh daripada berat badan dalam auns. Jika berat 130 lbs (bersamaan dengan 59 kg), maka minumlah 65 auns air putih sehari, kira-kira 8 gelas lebih,” menurut GalTime.com.

Tags: [ Info Kesihatan ] 10 Makanan / Minuman Yang Membuatkan Kita Cepat Tuaanti aginginfo kecantikanmakanan cepat tuamakanan yang buatkan kita nampak tuaminuman nampak tuapenuaan
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan