Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Entertainment

[ Fesyen ] Dah simpan duit untuk bergaya dengan baju Rizalman di pagi raya? :)

by Lisa Aina
May 7, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

ZALORA1-565x375

Sekiranya tahun lepas pereka fesyen terkemuka ini telah bergabung dengan Tesco untuk memasarkan koleksi hari raya mampu milik daripadanya, kini Zalora pula mendapatkan Rizalman Ibrahim untuk merealisasikan impian pelanggan mereka yang teringin menyarungkan koleksi eksklusif daripadanya. Jika sebelum ini koleksi Jovian Mandagie terjual seperti goreng pisang panas di laman web Zalora, koleksi Rizalman ini dijangka mengulang sejarah yang sama.

IKLAN

420641_594953297181898_1866903256_n

Sayangnya  kebanyakan baju yang direka oleh Rizalman tidak mampu dibeli oleh ramai wanita di Malaysia. Harganya memang agak tinggi namun berpatutan dengan kualiti yang diberikan oleh Rizalman sendiri.  Namun kolaborasi terkini antara Rizalman dan Zalora memastikan impian setiap wanita untuk memakai baju rekaan Rizalman mampu tercapai.

Rizalman_signup_FB-6

Koleksi terhad yang menampilkan kaftan moden, jubah, gaun labuh dan baju kurung moden ini tidak lari dari signature rekaan Rizalman yang kerap mengetengahkan unsur kontemporari di dalam rekaan baju tradisionalnya. Koleksi Hari Raya 2013 Rizalman Ibrahim ini telah pun dibuka untuk tempahan dan dijangka siap dan dihantar terus ke hadapan pintu rumah anda pada 24 Jun.

Tags: baju rayakecantikanrekaan baju rizalman di zalorarekaan rizalmanrekaan rizalman di zalorarizalman ibrahimtips fesyenZalora
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan