Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia), peneraju syarikat tenusu tempatan, berkolaborasi bersama selebriti chef Sherson Lian dalam usaha menyebarkan kesedaran mengenai kebaikan Susu Tepung Famili Dutch Lady. Mulai bulan Jun, Dutch Lady Malaysia akan melancarkan dua buku resipi, Cipta Rasa Berkhasiat Di Dapur Chef Sherson dan lima episod program memasak, Cipta Rasa Ramadan di mana Chef Sherson bakal memperkenalkan variasi hidangan berkhasiat dan berperisa menggunakan Susu Tepung Famili Dutch Lady buat penonton seluruh negara.
Chef Sherson berkata “saya amat bangga dengan buku resepi ini, ia melambangkan tepat apa yang saya suka tentang hidangan hebat. Saya sememangnya suka memasak dan ingin memberi inspirasi dan semangat kepada Malaysia untuk memasak di rumah.
“Menyediakan makanan berkhasiat dan sihat adalah pilihan terbaik buat seisi keluarga. Sambil susu tepung dinikmati seisi keluarga, masukkan juga ia dalam resepi kerana ini cara paling mudah dan berpatutan dalam memastikan keluarga anda mendapat nutrisi yang mereka perlukan. Dutch Lady Malaysia berasa Chef Sherson dan susu tepung famili adalah gandingan tepat memandangkan beliau terkenal di antara peminat-peminat bersama gaya masakan Malaysia yang ringkas. Kami teruja dengan penampilan Chef Sherson dalam program masakan TV ‘Cipta Rasa Ramadan’, dan berharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia,” kata Ramjeet Kaur Virik, Pengurus Pemasaran Dutch Lady Malaysia.
Mulai hari ini, Chef Sherson akan membuat penampilan di beberapa lokasi terpilih seperti pasar raya dan hospital pada Jun 2013 di mana dia akan menunjukkan demonstrasi bagaimana menyediakan hidangan lazat lagi sihat menggunakan Susu Tepung Famili Dutch Lady. Rancangan masakan mereka bersama Chef Sherson, ‘Cipta Rasa Ramadan’ akan memperkenalkan resipi lazat yang mengandungi Dutch Lady Susu Tepung Famili.
Sebanyak 5 episod akan ditayangkan setiap rabu (3,10,17,24 dan 31 Julai 2013) pada pukul 11.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Untuk maklumat lanjut mengenai jadual demonstrasi memasak beliau, lawati laman web rasmi.
Mengenai Buku Resipi Cipta Rasa Berkhasiat Di Dapur Chef Sherson
Dua siri buku masakan ini mengandungi 28 resipi, Chef Sherson berkongsi variasi idea minuman, pencuci mulut, biskut dan hidangan panas yang menggabungkan susu tepung famili dan ramuan. Untuk tip memasak lanjut, pengguna boleh mendapatkan salah satu daripada buku resipi dua siri oleh Dutch Lady Malaysia dan Chef Sherson di pasar mini terpilih, pasar raya dan gedung membeli-belah apabila mereka membeli satu pek 600g atau 1kg Susu Tepung Famili Dutch Lady, iaitu Susu Tepung Segera Dutch Lady (Berperisa Madu atau Biasa) atau Susu Tepung Penuh Krim Dutch Lady.