Dah lama tak dengar mengenai pelakon Ashraf Muslim selepas berkahwin dengan doktor yang cantik manis iaitu Dr Dayana. Ashraf Muslim mahu menjauhi bidang lakonan dan berdakwah serta menceburi bidang perubatan Islam iaitu mempunyai sebuah klinik dan Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah. Tetapi baru-baru ini Ashraf dikatakan telah berkunjung ke mahkamah syariah kerana untuk membuka sebuah fail mendapatkan kebenaran berkahwin dua dengan kelulusan isteri pertama. Susulan dengan dakwaan terbabit, ada desas-desus mengatakan punca tindakan Ashraf, 32, mahu berkahwin lain disebabkan tiada zuriat dengan isteri pertamanya, Noor Dayana.
Gadis yang dikaitkan dengan Ashraf Muslim ini bernama Wan Sakinah , 28 tahun ( rujuk gambar dibawah ). Adakah benar dakwaan Ashraf yang mahu berkahwin lagi satu?
Kronologi kisah perkahwinan Ashraf Muslim
Komen dari sahabat Ashraf Muslim, Dayana di blog Beautifulnara
By the way,the truth is ashraf bukanlah berkahwin kali kedua atas tiket takde anak tp kerana isu lain..dulu masa berkahwin dgn dayana ,ashraf ade membuat solat istikharah dan mendapat petunjuk yg dayana mmg isteri yang Allah hadirkan utk dia..jadi ashraf pun berkahwin walaupun tau hati takde rasa sayang..sakinah pula mmg ashraf dah kenal sblm kahwin dgn dayana..dan dayana mmg knl sakinah..cume selepas kahwin baru ashraf tibe2 terfikir kembali tentang sakinah coz sakinah mmg sntiasa berhubung dgn ashraf..so dari situ la kononnye kasih syg mereka bercambah kembali..ashraf mengaku die kahwin dgn dayana kerana solat istikharah yg dibuat tp die memilih sakinah pula atas dsar soal hati..so ape yg boleh sy simpulkan ashraf xseptutnye perlakukan dayana seperti itu..dayana isteri yg baik..biar pun mgkn jauh disudut hati dia tau tempat dia..for me as a friend of dayana dan ashraf sndr,sy sedih dgn tindakan ashraf..xsalah berpoligami sbb semua org laki tau itu sunnah..tp yg membuatkan lelaki sering silap bile poligami semata kerana nafsu..ashraf mengaku mengahwini dayana bkn atas dasar syg,tp sakinah pula atas dasar syg..jd mampukah ashraf berlaku adil?adil bukan bererti hanya pd harta ye tp juga pd kasih syg dan masa..harta boleh dibahagi dan kira tp kasih sayang dan masa bolehkah ditimbang???jd bg yg nak berpoligami tu,fikir2kan lah adil mu dari segi kasih syg,dan masa..bolehkah anda memberi sama rata?moga dayana tabah mengaharungi..d
ari shabatmu…


Menurut artikel yang disiarkan di akhbar Harian Metro, Wanita yang bernama Sakinah ini ada membuat kenyataan seperti : Saya kenal dia (Ashraf Muslim) sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun sudah mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma dia pesan, kalau boleh elakkan perkahwinan. Bagaimanapun, jika ia berlaku, dia redha. Sakinah menyerahkan segala keputusan kepada Ashraf Muslim sama ada mahu memperisterikannya atau tidak.
Sakinah juga sedih apabila perkara ini diketahui umum serta kecoh di Internet. Kalau diikutkan, saya tidak boleh beri apa-apa komen sebab yang lebih layak bercakap mengenai hal ini ialah Ashraf. Sakinah sudah melakukan solat Istiqarah dan Allah sudah memberikan petunjuk. Bagaimanapun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan saya keluarga saya, tetapi juga keluarga Ashraf dan isterinya. Mereka berdua saling mengenali pada sebuah program televisyen beberapa tahun lalu dan mula rapat selepas bertukar nombor telefon. Ketika itu Ashraf baru berjinak-jinak mempelajari ilmu perubatan Islam dan masih bujang.
Semoga hal ini dapat diselesaikan dengan baik. Jika benar perkara ini, kami doakan Dayana tabah menghadapi dugaan dari Nya. Allah takkan menguji hambanya diluar kemampuan, Chaiyok Dayana!