Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Kehidupan ] Pemandu lori kontena menanggung azab hampir tiga jam akibat tersepit dalam kenderaan

by Malisa Aina
May 9, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

960x400xpix_topright.pagespeed.ic.CF5Qc02eCb

Seorang pemandu lori kontena yang hampir putus kaki kiri menanggung azab hampir tiga jam akibat tersepit selepas kenderaan berat dipandu hilang kawalan dan terbalik dengan empat tayar ke atas di Kilometer 216.7 Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, Raja Ahmad Putera Raja Ahmad, 51, dalam perjalanan dari Simpang Ampat menuju Kuala Lumpur sebelum treler dipandu hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang jalan sebelum terbalik. Mangsa yang tersepit meraung meminta segera dikeluarkan dari lori berkenaan dan dia dikeluarkan sepasukan anggota bomba hampir tiga jam selepas kejadian sebelum dikejarkan ke hospital.

IKLAN

xpix_gal1.pagespeed.ic.QwCR1jBNlV

Difahamkan, mangsa baru selesai menghantar bekalan perkakasan kenderaan di sebuah kilang automotif di kawasan perindustrian Pegoh, di sini, bergerak pulang ke Balakong, Selangor sebelum terbabit kemalangan. Menurut sumber, ketika melalui selekoh susur keluar dari Tol Simpang Ampat, treler dipandu mangsa hilang kawalan merempuh dan merentasi besi penghadang jalan hingga kenderaan berat terbabit terbalik dengan kedudukan empat tayar ke atas. – Metro

Tags: hampir 3 jam tersepit dalam kenderaanlori kontenapemandu loripemandu lori kontenapemandu lori kontena tersepitpemandu lori tersepit
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan