Makan tanpa garam itu hambar, dan tidak sedap. Selain mengukuhkan rasa makanan dan memberikan rasa nikmat pada makanan, kandungan sodium pada garam juga berfungsi penting untuk mengatur keseimbangan cecair dalam tubuh, membantu menguatkan otot, dan membantu fungsi saraf. Iodin atau Iodium dalam istilah kimia adalah sejenis elemen mineral mikro. Iodin sebetulnya tidak hanya terdapat dalam garam, namun masyarakat umumnya mengetahui iodin ada di dalam garam.
Berikut ini adalah beberapa manfaat garam beriodin bagi kesihatan tubuh:
1. Membantu penyelenggaraan kelenjar tiroid
Kelenjar tiroid berperanan penting dalam metabolisma tubuh.
2. Membantu menghindarkan penyakit gondok, gangguan pendengaran, tubuh cebol, dan semangat rendah
3. Mencegah penyimpanan lemak secara berlebihan. Iodin mampu memanfaatkan kalori secara optimum, sehingga lemak cepat terpakai.
4. Membantu menghilangkan racun dari tubuh. Racun kimia yang boleh dikeluarkan oleh garam beriodin antara lain: air merkuri, fluoride, dan racun biologisi lain.
5. Membantu proses pertumbuhan rambut. Kekurangan iodin boleh menyebabkan rambut gugur.
6. Memaksimumkan metabolisme tubuh dalam memanfaatkan kalsium.
7. Membantu kenormalan proses pertumbuhan dan kematangan organ pembiakan. Oleh kerana itu, ibu hamil sangat disyorkan untuk mengambil iodin sesuai keperluan agar janin dapat membesar dengan baik.
8. Membantu meningkatkan kekebalan tubuh. Mengapa? Kerana garam beriodin boleh mencegah pembiakan bakteria yang merugikan di dalam perut.
9. Mengurangkan sakit gigi dan bau mulut. Kebiasaan berkumur menggunakan air suam yang dicampur dengan garam akan mengurangkan rasa berdenyut saat sakit gigi dan bau mulut yang tidak sedap.
10. Menghilangkan rasa kebas di kaki. Merendam kaki dalam campuran air suam dan garam boleh mengurangkan rasa kebas kaki. Lakukan ini dengan berselang-seli dengan rendaman kaki dalam air sejuk. Kaki anda akan pulih seperti sedia kala.