Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

[ Review Filem ] Pelakon aksi Jason Statham penyelamat filem ‘Hummingbird’ – 3 bintang

by Malisa Aina
May 10, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

jason-statham-hummingbird-poster-570x427

Bagi anda penggemar pelakon aksi Jason Statham, inilah masa untuk menyaksikan aksi bintang idola anda dalam filem barunya “Hummingbird”. Filem “Hummingbird” akan mula ditayangkan pada 16 Mei 2013 di seluruh pawagam di Malaysia. Filem bergenre aksi ini diarahkan oleh Steven Knight dan ini merupakan arahan sulung beliau memandangkan sebelum ini dia merupakan seorang penulis. Selain Jason Statham, ada beberapa bintang yang juga meramaikan filem “Hummingbird” ini antaranya David Bradley, Vicky McClure, Ian Pirie, Benedict Wong, Lee Asquith-Coe, Senem Temiz, dan banyak lagi.

Sinopsis

IKLAN

Filem ini berkisahnya tentang seorang bekas tentera pasukan khas bernama Joey Jones (Jason Statham) yang kemudian menjadi seorang tunawisma selepas melarikan diri dari mahkamah tentera.

Dia terjebak dalam dunia jenayah di kota London yang akhirnya secara tidak sengaja menggunakan identiti orang lain. Dengan identiti barunya dia berubah menjadi penyelamat para anak kecil yang terperangkap dalam dunia perhambaan.

Klasifikasi: 18
Genre: Ngeri / Jenayah
Tarikh Tayangan: 16 Mei 2013
Bahasa: English
Pengedar: NUSANTARA EDARAN FILEM
Pengarah: Steven Knight
Pelakon: Jason Statham

Review

Pada pendapat saya, pelakon aksi Jason Statham merupakan penyelamat bagi filem ‘Hummingbird’, jika tanpanya pasti filem ini gagal menarik penonton pergi ke panggung. Filem ini sarat dengan aksi ganas yang kadang-kala melampau dan mengerikan. Walaupun filem ini sarat dengan adegan aksi tetapi ianya agak bosan dan meleret di tengah babak. Plot cerita yang agak longgar dan kadang-kala saya tertanya-tanya apa motif dan mesej yang ingin disampaikan. Secara keseluruhannya, filem ini gagal menarik perhatian saya, fokus hanya kepada aksi malah kurangnya dialog. Saya beri 3 bintang daripada 5.

Tags: filem hummingbirdhummingbirdJason Stathampelakon aksi jason stathamreview filem hummingbird
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan