Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Dunia ] Andrew Terence Moran, penjenayah lari sejak 2009 berjaya ditangkap

by Lisa Aina
May 13, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Polis Sepanyol semalam mengumumkan kejayaan penangkapan seorang penjenayah dari Britain yang bersembunyi selepas dia menyerang dan melepaskan diri daripada kawalan beberapa pengawal keselamatan semasa perbicaraan kes rompakan bersenjata berlangsung pada tahun 2009.

image

Kementerian Dalam Negeri Sepanyol dalam satu kenyataan berkata, penjenayah itu, Andrew Terence Moran, 31, diberkas pada Jumaat lalu dalam satu serbuan di sebuah resort mewah dekat pantai Alicante.

IKLAN

Menurut Agensi Jenayah Berat Terancang Britain (SOCA), pihak berkuasa menangkapnya semasa dia bersantai di tepi kolam renang. Pihak polis turut merampas dua laras senjata api, 60 butir peluru dan sebilah parang.

British fugitive captured in Spain

“Moran berfikir dia boleh mengelak ditangkap apabila melarikan diri ke Sepanyol, kerap menukar penampilan dan menggunakan identiti palsu,” kata Ketua Penyiasat SOCA, Matt Burton.

Moran pernah dibicarakan berhubung dakwaan terlibat dalam rompakan bersenjata dan pihak berkuasa menyifatkannya sebagai berbahaya. Dia dan rakan subahatnya, Stephen Devalda, 29, dituduh merompak sebanyak AS$38,400 (RM114,632) dari sebuah van surat di Colne, barat laut England dengan menggunakan sepucuk pistol, parang dan pemukul besbol.
8373317
Seorang pengawal keselamatan cedera dalam rompakan pada Mei 2005. Semasa dia melarikan diri daripada tahanan pada tahun 2009, Moran menyerang empat pengawal keselamatan dan melompat keluar dari kandang perbicaraan. – AP

Tags: andrew terence moranduniaisu semasapenjenayahpenjenayah lari sejak 2009 berjaya ditangkap
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan