Sebelum ini, kami pihak wanista sudah mengeluarkan artikel berkaitan video kontroversi Sharifah Sakinah yang mendapat liputan meluaskan oleh semua rakyat Malaysia dan ramai yang mengecam video tersebut, Ini antara ayat yang diungkapkan, “Hai saya Sharifah Sakinah, saya hack telefon Anzalna sebab nak populariti yang tinggi. Hari ini saya pakai lipstik merah, spender merah dan bra merah. Tak sabar nak tunggu orang kutuk.” Sudah tentu bait ayat yang diungkapkan oleh pelakon wanita ini kontroversi selain mengungkapkan perkataan carutan seperti ‘F*ck’ beberapa kali.
Ketika dihubungi, Sharifah Sakinah mengakui bahawa video itu dilakukan hanya sekadar suka-suka dan tidak menyangka caranya di dalam video itu mengundang rasa kurang senang ramai pihak.
“Memang betul ketika itu saya buat Keek guna akaun Anzalna, tapi ketika itu saya cuma mahu main-main bersama Anzalna tidak sangka pula perkara ini boleh kecoh dan mengundang tidak senang ramai pihak”
Sakinah turut memohon maaf kerana menggunakan ayat yang kurang manis dan megakui silapnya dan akan lebih berhati-hati sebelum melakukan perkara yang boleh tersebar luas seperti di internet.
“Saya mohon maaf sangat kalau ada yang terasa dengan tingkah laku saya. Kadang-kadang kita sebagai manusia biasa bukan sedar,” ujarnya lagi.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tanggunglah sendiri..lain kali beringat sebelum buat apa-apa…dan lagi satu anda merupakan ‘public figure’ segala perbuatan atau perkara yang dilakukan menjadi perhatian orang jadi fikirlah dan beringat!!!