Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Hiburan Gosip Tempatan

[ Hiburan ] Penyanyi, Keroz Nazri Lancarkan Muzik Video ‘Sedia Bercinta Lagi’

by Malisa Aina
May 15, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Penyanyi & komposer, Keroz Nazri telah melancarkan muzik video untuk single keduanya yang berjudul Sedia Bercinta Lagi. Lagu yang pernah memenangi Anugerah Lagu Terbaik Cipta Express MACP 2012 telah dihasilkan ketika Keroz menghadiri acara Cipta Ekspres anjuran  Badan Perlindungan Hakcipta Muzik (MACP)  pada tahun 2012 yang merupakan tahun kelapan penganjurannya. Lagu ciptaan Keroz manakala liriknya adalah nukilan Eenaz Mokhtar mendapat sentuhan dari Firdaus dari segi susunan muziknya.

keroz nazri

Muzik video Sedia Bercinta Lagi yang berkonsepkan “outdoor” ini diarahkan oleh Phuture Phlow Film di sekitar bulan Mac 2013. Penggambaran muzik video ini dirakam di beberapa tempat iaitu Pulau Pinang, Georgetown dan Batu Ferrighi. Untuk mendapatkan latar belakang bangunan-bangunan lama & bersejarah, beberapa lokasi telah dipilih untuk penggambaran antaranya Jalan Muntri, Lorong Love, Pantai Teluk bahang, Lebuh Light, Pantai Baru Ferringhi,Jalan Penang, Lebuh Pantai dan Jalan Tun Syed Barakbah.

IKLAN

Muzik Video ‘SEDIA BERCINTA LAGI’ ini telahpun dilancarkan di youtube pada 1 Mei 2013 yang lalu tepat jam 11:11 minit pagi.  Ketika diajukan soalan kenapa beliau memilih tarikh 1 Mei 2013 jam 11:11 pagi, ini jawapannya :

“Saya memang menyukai no 1 dan selalu ingin menjadi NO 1 dalam apa-apa jua yang saya lakukan.” Kata Keroz Nazri.  “Tambahan pula tarikh 1 Mei merupakan Hari Buruh dan cuti umum. Jadi saya merasakan ramai yang boleh menyaksikan MV saya ini apabila dilancarkan nanti” tambah peserta Masterchef Selebriti 2 ini lagi.

Dari tarikh pelancaran tersebut hingga kini, MV ini telah ditonton lebih 11 ribu pelayar youtube. Ini merupakan perkembangan yang sangat baik bagi sebuah lagu baru apabila mendapat tontonan yang tinggi dalam tempoh 2 minggu.

Tags: hiburankeroz nazrilagu sedia bercinta lagimuzik video keroz nazrimuzik video sedia bercinta lagipenyanyi keroz nazri
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan