Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Maut depan KLCC : Wanita maut gara-gara melompat keluar dari bas!

by Aida Sue
May 15, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

maut-depan-klcc

Tindakan tergesa-gesa seorang tukang cuci pejabat melompat keluar dari sebuah bas henti-henti mengundang padah apabila dia maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dalam kejadian di Jalan Ampang di sini semalam.

Kejadian pukul 7.25 pagi itu berlaku apabila wanita yang dikenali sebagai Halimah, 43, melompat ketika bas tersebut sedang bergerak ke hentian di hadapan bangunan Menara Berkembar Petronas (KLCC).  Sebelum itu, dia dikatakan telah terlepas untuk turun di hentian yang sepatutnya iaitu di depan bangunan Wisma Central. Mangsa bekerja di bangunan tersebut.

IKLAN

Difahamkan, sebaik menyedari dia terlepas hentian, mangsa telah meluru ke arah konduktor bas dan menahan pintu automatik yang sedang ditutup sebelum melompat keluar. – Kosmo!

Info ringkas mengenai kejadian : 

Nama mangsa : Halimah, 43 thn, Bangkalan, Tg Perak, Jawa Timur

Apa yang berlaku ini seharusnya menjadi pengajaran terutama kepada mereka yang menaiki bas. Mangsa dipercayai terlepas untuk turun di hentian bas yang sepatutnya dan bertindak untuk turun ketika bas telahpun bergerak. Selepas beberapa meter bas bergerak, mangsa yang masih berada di dalam bas, meluru ke arah konduktor bas dan menolaknya dan menahan pintu otomatik yang sedang ditutup perlahan-lahan. Bas Metrobas ini dalam perjalanan dari Ampang menuju pusat bandaraya. Dengan pantas, mangsa terjun ke atas jalan dan oleh kerana bas yang sedang bergerak, mangsa terjatuh menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian. Mangsa dikenali sebagai Halimah, 43 tahun, warga Indonesia berasal dari Bangkalan, Tg Perak, Jawa Timur.  Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bedah siasat

Tags: maut depan klccMaut depan KLCC : Wanita maut gara-gara melompat keluar dari bas!wanita klccwanita maut klccwanita maut lompat bas
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan