Wang menjadi salah satu topik yang sensitif untuk dibicarakan dalam percintaan. Kita boleh dianggap materialistik atau mengukur sesuatu dari segi material. Namun bagaimana jika pasangan kita tiba-tiba mahu meminjam wang. Apakah ini wajar? Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum memutuskan untuk memberi pinjaman walaupun pada kekasih anda:
Cari Tujuan Pinjaman Tersebut
Sama seperti memberi pinjaman kepada orang lain. Kita perlu tahu tujuan wang pinjaman tersebut. Jika memang tujuannya benar, tentu seharusnya tidak ada yang perlu diselindungi. Pastikan tujuan pinjaman tersebut adalah untuk hal yang penting, dan tidak diduga. Namun jika tujuannya untuk membeli sesuatu untuk kesenangan semata, sebaiknya kita berfikir beberapa kali.
Ingat Risiko Putus Cinta
Sebelum ada ikatan perkahwinan, kita harus sedar bahawa risiko putus hubungan itu masih tetap ada. Kerana itu, ambilah keputusan dengan bijaksana sehingga kita dapat mengambil kira hal terburuk tersebut.
Jika ada kemungkinan tersebut, berhati-hatilah. Walaupun tidak memberi jumlah seperti yang diminta ,ianya lebih baik kerana kita memberikan wang dengan ikhlas. Hal ini bukan untuk memanjakan pasangan, tetapi ingin mengajarnya bahawa kita tidak selesa dengan hutang-piutang.
Ada Hitam Putih
Jika anda harus meminjamkan wang dengan jumlah yang cukup besar, biasakan untuk membuat surat perjanjian bertulis. Tentu saja kita tidak perlu memberikan bunga, namun hal ini boleh membuat pasangan kita sedar akan tanggungjawab untuk menglansaikan hutangnya itu.
Bantu Menguruskan Kewangan
Berhutang bukanlah sesuatu yang baik. Kerana itu, jika pasangan kita termasuk orang yang sukar untuk menetapkan kewangan, kita boleh mengajarnya untuk membuat pengurusan wang. Hal ini akan membantu kita untuk lebih terbuka sebelum akhirnya masuk ke bahtera perkahwinan.