Walaupun hujan di Festival Filem Cannes 2013, itu tidak membuatkan para selebriti tidak tampil bergaya di acara karpet merah semasa acara itu berlangsung. Pelakon tinggi lampai dari Australia yang juga merupakan panel juri di Festival Filem Cannes 2013 , Nicole Kidman tampil dengan gaya rambut unik dan futuristik.
Rambut Nicole telah disisir rapi ke sisi dan arah belakang dan kemudian rambut yang disikat ke belakang itu diikat ala pony tail dengan getah elastik yang jelas. Mata biru beliau telah diserlahkan lagi dengan celak hitam dan maskara. Beliau juga mengenakan bibir merah jambu Fuchsia. Kening beliau dibentuk tebal dan penuh – satu trend selebriti sekarang. Nicole mengenakan busana mewah dari Christian Dior berwarna putih kembang paras bawah lutut dan betul-betul fit pada badannya.