• Latest
Pemain bola sepak Liga Malaysia diugut bunuh kerana bookie

Pemain bola sepak Liga Malaysia diugut bunuh kerana bookie

May 21, 2013
Di Sebalik Adegan Seks Dalam Filem, Rupanya Ini Yang Pelakon Rasa

Di Sebalik Adegan Seks Dalam Filem, Rupanya Ini Yang Pelakon Rasa

January 28, 2021
Mati Luar Pangsapuri, Netizen Sangsi Cara Kematian K-Pop Rapper Iron

Mati Luar Pangsapuri, Netizen Sangsi Cara Kematian K-Pop Rapper Iron

January 28, 2021
Cantik Sangat, Rupanya Ini Kafe Dan Restoran Pertama Louis Vuitton

Cantik Sangat, Rupanya Ini Kafe Dan Restoran Pertama Louis Vuitton

January 28, 2021
6 Benda Best Berlaku Sempena Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina

6 Benda Best Berlaku Sempena Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina

January 27, 2021
Awas Pesakit Batu Karang Tak Boleh Makan Sembarangan, Ini Yang Kena Elak

Awas Pesakit Batu Karang Tak Boleh Makan Sembarangan, Ini Yang Kena Elak

January 27, 2021
Hanya Berjalan Kaki, Tak Sangka Pula Ini Kebaikannya

Hanya Berjalan Kaki, Tak Sangka Pula Ini Kebaikannya

January 27, 2021
Penat Sepanjang Masa, Cergaskan Diri Dengan 5 Helah Genius

Penat Sepanjang Masa, Cergaskan Diri Dengan 5 Helah Genius

January 27, 2021
Macho Dan Stailo Koleksi Kaca Mata David Beckham Tahun 2021 Ini

Macho Dan Stailo Koleksi Kaca Mata David Beckham Tahun 2021 Ini

January 27, 2021
Asyik Ditegur Menggaru, 10 Produk Eczema Bagus Disyorkan Pakar Dermatologi

Asyik Ditegur Menggaru, 10 Produk Eczema Bagus Disyorkan Pakar Dermatologi

January 27, 2021
Kamu Bukan Keseorangan! Jika Alami Mental Breakdown, Lakukan Ini

Kamu Bukan Keseorangan! Jika Alami Mental Breakdown, Lakukan Ini

January 27, 2021
Tampil Couple Look Dengan Yang Tersayang Menyarung Koleksi Vans Valentine

Tampil Couple Look Dengan Yang Tersayang Menyarung Koleksi Vans Valentine

January 27, 2021
Daging Harimau Menangis Rupanya Dari Bahagian Brisket Lembu, Patutlah Sedap!

Daging Harimau Menangis Rupanya Dari Bahagian Brisket Lembu, Patutlah Sedap!

January 27, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Pemain bola sepak Liga Malaysia diugut bunuh kerana bookie

Aida Sue by Aida Sue
May 21, 2013
Pemain bola sepak Liga Malaysia diugut bunuh kerana bookie
23
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

malaysia
Pengerusi Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Aseh Che Mat semalam menegaskan jika da mana-mana pemain Liga Malaysia (Liga M) yang menerima ugutan bunuh, mereka hendaklah melaporkannya segera kepada pihak berkuasa. Langkah tersebut adalah untuk keselamatan mana-mana pemain dalam Liga M yang diancam oleh bookie bola sepak.

Aseh menegaskan demikian ekoran dakwaan beberapa pemain sebuah pasukan yang beraksi dalam Liga M di laporkan menerima ugutan bunuh daripada sindiket perjudian bola sepak semalam. Pemain terbabit dipercayai mahu membuat laporan polis selepas dilaporkan menerima ugutan tersebut. Sumber dalaman pasukan tersebut yang enggan mendedahkan identitinya memberitahu, keselamatan para pemain tersebut termasuk ahli keluarga mereka mula diancam apabila gagal memenuhi tuntutan atau arahan sindiket perjudian itu dalam satu perlawanan baru-baru ini.

Ketika diminta mengulas insiden tersebut, sumber berkenaan enggan memberikan sebarang komen dan menyerahkannya kepada FAM untuk mengambil tindakan sewajarnya. Mengulas lanjut, Aseh mendedahkan, FAM dengan kerjasama pihak berkuasa akan menyiasat perkara tersebut dengan lebih terperinci dalam usaha mereka membanteras gejala yang tidak bermoral itu.

Untuk rekod, Liga M pernah melalui detik hitam apabila menyaksikan 126 pemain dan jurulatih dipanggil untuk membantu siasatan ekoran skandal rasuah pada tahun 1994. Akibatnya, seramai 58 pemain dikenakan pergantungan selama satu sehingga empat tahun oleh FAM.

Selain itu, 21 pemain dan jurulatih diberhentikan khidmat mereka dan beberapa pemain lagi digantung seumur hidup serta dibuang daerah, selain tidak dibenarkan menyertai kejohanan di bawah kelolaan FAM. Tahun lalu pula, seorang ketua jurulatih dan 11 pemain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan dilarang daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak tempatan antara setahun dan lima tahun kerana terlibat dalam skandal rasuah. Ini kerana FAM mendapati berlaku unsur-unsur rasuah dan polemik mengatur perlawanan melibatkan pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan pada saingan tahun 2011. Ketua jurulatih skuad tersebut, Yusarman Yusof, menerima hukuman gantung seumur hidup oleh FAM.

Tags: bolasepakPemain bola sepak Liga Malaysia diugut bunuh kerana bookie
Share1Tweet1Send

ARTIKEL BERKAITAN

Mati Luar Pangsapuri, Netizen Sangsi Cara Kematian K-Pop Rapper Iron
Berita & Isu Semasa

Mati Luar Pangsapuri, Netizen Sangsi Cara Kematian K-Pop Rapper Iron

January 28, 2021
Yuna Nasihat Orang Ramai Hati-Hati, Scammer Menyamar Jadi Pegawai LHDN
Berita & Isu Semasa

Yuna Nasihat Orang Ramai Hati-Hati, Scammer Menyamar Jadi Pegawai LHDN

January 26, 2021
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan