Monday, April 12, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Tips

[ Tips percintaan ] 5 cara untuk keluar dari ‘friendzone’

by Malisa Aina
June 18, 2013
35
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

best-friend-couple-jason-mraz-love-lucky-Favim.com-162850

Anda pernah suka kawan anda? Dalam diam anda menyimpan perasaan kepadanya? Mesti pernah bukan? Anda mungkin merasakan mustahil untuk keluar dari perkataan ‘friendzone’ tetapi anda silap kerana tidak mencubanya. Ikuti tip kami di bawah ini untuk menjadikan hatinya milik anda! Hatiku hatimu menjadi satu cinta…hehehehe

Lakukan Siasatan

Foto - Rotikaya

Pasangan Yang Berbeza Itu Lebih Serasi, Ini Kata Pakar

January 26, 2021
Foto - Sean Akizuki's Favorite East Asian Celebrities

Nerdy Atau Tidak, Ini Petanda Anda Telah Jatuh Cinta!

August 14, 2019

Siasat ciri-ciri pasangan yang disukainya. Sekiranya dia sukakan seseorang yang gemar bersukan, mungkin anda boleh mula bersukan untuk menarik perhatiannya. Mungkin anda boleh mengajaknya ke gelanggang futsal untuk menyaksikan anda bersukan. Sekiranya anda berdua mempunyai minat yang sama dan ada sedikit ciri-ciri yang disukainya, anda tidak mustahil boleh menjadi pasangannya.

Mulakan Dengan Kasual

Sekiranya sebelum ini anda sering keluar bersama rakan-rakan yang lain, cuba ajak si dia keluar berdua. Tetapi jangan terus merancang candlelit dinner, terkejut dia nanti! Mungkin anda keluar makan dan berbual secara kasual yang tidak menampakkannya seperti temu janji. Lama kelamaan, sekiranya si dia sudah menjadi selesa dan banyak berkongsi rahsia dengan anda, tidak mustahil perkataan ‘friendzone’ itu terlucut secara automatik.

IKLAN

Aktiviti Kawan-kawan

Sekiranya sebelum ini anda sering berdua sering ke Rasta untuk menyaksikan perlawanan bola sepak bersama, mungkin anda boleh hentikan aktiviti ini buat sementara waktu. Buang perkataan kawan dengan melakukan aktiviti yang boleh memberi memori manis ‘status’ baru di dalam perhubungan anda berdua dan tinggalkan segala aktiviti yang mengingatkan anda tentang persahabatan anda berdua.

Ambil Berat

Setelah anda berdua semakin rapat, beranikan diri anda untuk menyuntik sedikit elemen saying di dalam perhubungan anda berdua. Littlest thing always meant the world! Ucapan selamat malam, selamat pagi, take care atau mungkin anda boleh menghantarkan ikon ciuman kepadanya di dalam pesanan ringkas anda. Anda boleh mula mengambil berat akan kesihatannya atau waktu makannya. Sekiranya sebelum ini anda berjumpa terus di sesuatu tempat untuk keluar bersama, kini anda boleh mula menjemputnya di rumah. Semua ini boleh membantu anda mendapatkannya.

Beri Layanan Berbeza

Sekiranya sebelum ini percakapan anda berdua agak kasar, cuba mula berlembut dengan si dia. Jika anda dan rakan-rakan sering keluar makan bersama, mungkin anda boleh masak sendiri dan pergi berkelah berdua. Atau jika sebelum ini anda sering mengutuk sesuatu tentang dirinya, mungkin anda boleh mula memujinya. Layan si dia berbeza dengan cara anda melayan rakan-rakan anda yang lain dan akhirnya si dia akan dapat tahu yang dia jauh lebih istimewa di hati anda daripada mereka.

Tags: 5 cara untuk keluar dari friendzonecara untuk keluar dari friendzonefriendzonetips friendzonetips percintaan
Share2Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.