Memang kagum dengan keakraban keluarga Abby Abadi, Memey Suhaiza dan juga Norman Hakim ni. Hanya jiwa yang betul-betul kuat seperti Abby sahaja yang mampu untuk berbaik dengan bekas suami dan isterinya dan memang tak ramai wanita yang mempunyai jiwa seperti Abby *tabik*.
Berikut kami kongsikan gambar percutian keluarga ini di Pulau Pinang yang telah dikongsikan di laman gambar Instagram milik Abby Abadi dan Memey Suhaiza. Kami suka sangat melihat aksi keluarga bahagia ini dan semoga diberkati Allah dan dimurahkan rezeki pada Abby, Memey dan juga Norman Hakim! 🙂
IKLAN