Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Entertainment

Kulit yang cantik dan sihat sepanjang Ramadhan dengan menggunakan Bio Oil

by Malisa Aina
July 1, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

1

Berpuasa memberikan pelbagai kesan kepada tubuh. Apabila tubuh melalui perubahan drastik daripada diberikan makanan dan air secara kerap sehingga langsung tidak mendapat makanan atau minuman buat jangka masa tertentu, ia pastinya memberikan kejutan kepada sistem tubuh.

Selain mempersiapkan keluarga anda untuk menghadapi Ramadhan,  anda juga perlu memberi perhatian kepada kulit  anda kerana ia memerlukan penjagaan  yang  rapi ketika berpuasa.  Rutin penjagaan kulit yang betul  sangat penting untuk mengelakkan jerawat, kulit kering dan kusam – semua simptom dehidrasi yang dikaitkan dengan berpuasa.

IKLAN

Pembersihan, penggunaan toner, pengelupasan dan pelembapan yang teliti adalah penting untuk menanggalkan sel kulit mati akibat kekurangan air dan menyeimbangkan penghasilan minyak di dalam kulit.

2

“Pengambilan air yang mencukupi adalah penting untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat kerana ia membantu tubuh mengeluarkan toksin yang mengakibatkan masalah kulit. Sekiranya anda mengambil air  yang mencukupi dan memastikan kulit kekal bersih dan lembap, anda boleh mendapatkan kulit yang  bebas masalah sepanjang Ramadhan,” jelas Dr. Nazirin Ariffin yang merupakan Perunding Dermatologi di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Ada juga beberapa jenis makanan hebat yang boleh memulihkan kulit yang kering – gajus atau badam mengandungi serat, asid lemak dan protein yang boleh  mengekalkan seri selepas rawatan muka. Menjaga  kulit melalui diet yang betul dan rutin penjagaan kulit yang baik menyumbang kepada kulit yang cantik dan sihat. Ini memberikan wanita kecantikan semula jadi yang mereka inginkan untuk menyambut kedatangan Hari Raya.

“Seseorang yang berpuasa tidak  boleh meminum air. Jadi, adalah penting untuk melembapkan kulit dari luar. Bio-Oil telah diformulasi dengan campuran pati minyak tumbuhan dan vitamin yang diketahui  dapat  memberi manfaat kepada kesihatan dan penampilan kulit. Ia melembapkan kulit dan melindunginya daripada  jerawat. Kami ingin membantu para wanita  mendapatkan kulit  yang cantik dan sihat untuk meraikan Hari Raya,” kata Low Hooi Wan, Pengarah Bahagian Bio-Oil.

Untuk pengetahuan anda, Bio-Oil  boleh didapati di semua farmasi dan kedai penjagaan diri terkemuka di seluruh negara pada harga RM32.95 (60ml), RM54.95 (125ml) dan RM74.95 (200ml).

7

IKLAN
Tags: bio oilKulit yang cantik dan sihat sepanjang Ramadhan dengan menggunakan Bio Oilpenggunaan bio oilproduk bio oil
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan