Menurut laman web Forbes, Telefon pintar dari syarikat Apple akan dikeluarkan pada 20 September ini. Menurut International Business Times yang telah mendedahkan maklumat tersebut, Apple akan mengeluarkan telefon pintar beberapa hari selepas pelancaran sistem operasi iOS 7 yang dikatakan bakal dilancarkan pada 18 September ini.
Kedua-dua majalah Forbes dan Times IB bersetuju bahawa iPhone 6 akan dikeluarkan tidak lama selepas 5S iPhone, ‘untuk mengelakkan kesesakan di kedai Apple.
iPhone 6, atau iPhone Light boleh didapati dalam pelbagai warna dan akan dilancarkan pada harga yang lebih rendah daripada iPhone 5S, menurut IB Times. Akan tetapi ada juga yang mengatakan bahaya harga iPhone 5S lebih murah berbanding iPhone 6. Menurut IB Times lagi, berkemungkinan telefon pintar iPhone dikeluarkan pada bulan September untuk memberi laluan kepada produk mereka yang lain iaitu iPad dan juga iPad Mini retina ataupun Apple TV.