Drama bersiri komedi romantik, Autumn Dihatiku yang diinspirasikan daripada fenomena K-Pop bakal ditayangkan bermula Rabu ini bersamaan 3 Julai 2013 menerusi laman Tonton dengan episod harian bermula seawal 12 tengah hari. Drama Autumn Dihatiku menampilkan kelainan apabila mengambil pelakon Korea Kim Jin Sung sebagai penguat cerita. Yang lebih menarik lagi apabila Kim Jin Sung sendiri boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik. Drama ini menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.
Selain Kin Jin Sung, Autumn Dihatiku juga turut menampilkan pelakon tempatan seperti Hanez Suraya, Aiman Hakim, Ezzaty Abdullah dan juga Anas Ridzuan.
Ketika ditanya bagaimana proses pemilihan pelakon dilakukan, pengarah menjelaskan “pemilihan Kim Jin Sung melalui uji bakat video yang kita lakukan di Korea dan keistimewaan Kim Jin Sung adalah kerana dia boleh berbahasa Malaysia dengan baik.
“Dia merupakan model dan pelakon di sana dan pernah mengambil kursus bahasa Malaysia di universiti tempat dia belajar dan disebabkan keistimewaan itu, kami sebulat suara memilih dia, “katanya.
Sinopsis Drama Autumn Dihatiku
Drama ini berkisarkan tentang Nina dimainkan oleh Hanez Suraya, yang bekerja di sebuah kedai kek dan merupakan peminat fanatik K-Pop. Pada suatu hari, kemunculan seorang pelanggan, Park Au Tumn atau dikenali sebagai ‘Autumn’ (Kim Jin Sung) di tempat kerjanya telah mengubah segalanya. Kehadiran Autumn telah mencuri perhatian Nina dan dalam diam Nina jatuh hati kepada Autumn. Apa yang dilakukan Nina untuk memiliki Autumn?
Oleh itu, saksikan Autumn Dihatiku menerusi laman Tonton mulai 3 Julai ini bermula jam 12 tengah hari di Autumn Di Hatiku – TONTON Original Series
Trailer Drama Autumn Dihatiku