Anda sudah ada nama, ada peminat malah kini sudah ada satu platform kepada anda untuk maju dalam industri. Tetapi kenapa masih memilih untuk memasuki Akademi Fantasia? Perkara tersebut dipersoal oleh salah seorang juri AF, Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi.
Cikgu Syafi dilihat kurang bersetuju dengan penglibatan pelakon dan juga penyanyi, Fida Ibrahim. Menurut laporan Murai, Cikgu Syafi kurang bersetuju dengan penglibatan selebriti itu kerana seharusnya Fida memberi peluang kepada mereka yang masih belum ada nama.
“Saya bukan tidak menyukainya tetapi saya rasa dia boleh dapat peluang yang lebih besar di luar kerana dia sudah pun bergelar artis iaitu penyanyi dan pelakon, lagipun pada saya vokalnya biasa sahaja,” ujar Cikgu Syafi.
Saya sebenarnya juga setuju dengan Cikgu Shafi, iyelah dah ada nama buat apa nak masuk program ni lagi, biarlah muka baru yang punya bakat saja masuk.