The New Century Global Center telah dibuka di Chengdu, China dan ianya mempunyai pejabat, pusat membeli-belah, sebuah perkampungan Mediterranean, taman air, gelanggang luncur ais, hotel, kompleks universiti, panggung wayang IMAX. Selain itu juga ia mempunyai pantai buatan seluas 5000 kaki persegi, dan skrin gergasi seluas 150 meter panjang dan 40 meter tinggi. Bangunan terbesar di dunia telah dibuka untuk perniagaan, dan ianya begitu besar, sehinggakan mempunyai matahari tiruan sendiri.
Terletak di wilayah Sichuan di barat daya China, bangunan itu mempunyai keluasan 1.76 juta meter persegi dan ianya cukup besar untuk memuatkan 20 buah Sydney Opera House, menurut akhbar British The Independent. Ia hanya mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. Walaupun kabus tebal meliputi bandar Chengdu , itu tidak menjadi masalah kerana matahari tiruan akan bersinar 24 jam sehari dan memberikan cahaya dan haba jika berada dalam bangunan tersebut.
Pusat ini bukan sahaja sebuah projek pembinaan dijalankan di Chengdu – bandar ini juga ingin memperluaskan rangkaian kereta api bawah tanah dan rancangan untuk membina sebuah lapangan terbang baru, kata CNN.

Bangunan ini merupakan rekaan seorang arkitek British-Iraq yang telah memenangi pelbagai anugerah iaitu Zaha Hadid. Zaha Hadid telah dilahirkan pada tahun 1950 di Iraq dan telah memenangi Pritzker Architecture Prize pada tahun 2004 dan Stirling Prize pada tahun 2010 dan 2011.
Antara rekaan bangunan Zaha Hadid adalah :
- Bridge Pavilion (2008), Zaragoza, Spain
- BMW Central Building (2005), Leipzig, Germany
- Heydar Aliyev Cultural Centre (2007–12) in Baku, Azerbaijan.[14]
- Eli and Edythe Broad Art Museum (2010–12), East Lansing, Michigan, USA[15]
Sumber info
Antara gambar bangunan New Century Global Center