Apabila sebut saja mengenai WANG, ada yang suka berbelanja dengan mewah dan tidak kurang yang suka berjimat. Terdapat pelbagai cara dan teknik penjimatan yang boleh dilakukan dan ada juga yang berjimat terlalu ekstrem… sampai digelar KEDEKUT! Siri televisyen baru EXTREME Cheapskates di siaran TLC ( Astro 707 ) akan memaparkan kisah beberapa individu yang paling berjimat di Amerika Syarikat dan kaedah yang keterlaluan mereka gunakan untuk menjimatkan wang. Siaran yang bakal menemui penonton dalam siaran pertama 9 Julai ini jam 10 malam ( ulangan pada setiap Rabu jam 9pagi dan Ahad 7 petang ) akan menunjukkan cara sesetengah orang yang sanggup berjimat dengan cara paling pelik dan melampau serta menunjukkan kepada anda apa langkah-langkah EKSTREM yang mereka sanggup buat semata-mata untuk berjimat. Mungkin juga ada pelbagai tips menarik yang boleh anda gunakan untuk berjimat.
Contoh kisah Cheapskate EKSTREM
Kate Hashimoto adalah seorang penduduk di New York yang bekerja sebagai CPA (Akauntan awam diperakui) yang berjimat lebih AS $ 4,000 secara bulanan dengan taktik seperti membasuh tangan baju-bajunya dalam tab mandi dengan air mandi dia selesai mandi. Dia memiliki studio apartmen di Harlem yang sudah habis dibayar dalam masa sembilan bulan.