
Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa ialah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah, ianya menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini. Malah, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen,” kata kenyataan itu.
Jawatankuasa yang bertanggungjawab akan melihat anak bulan di lokasi berikut. Antara senarai lokasi tempat melihat anak bulan adalah seperti berikut :
PERLIS
- Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis
KEDAH
- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah
- Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah
PULAU PINANG
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
PERAK
- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak
SELANGOR/ KUALA LUMPUR
- Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor
- Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor
- Menara Kuala Lumpur
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
NEGERI SEMBILAN
- Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
MELAKA
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
JOHOR
- Pontian Kecil, Johor
PAHANG
- Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang
- Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang
- Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang
KELANTAN
- Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan
- Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
- Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan
TERENGGANU
- Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu
- Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
- Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
- Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
SARAWAK
- Tanjung Lubang, Miri, Sarawak
- Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
- Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak
SABAH
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
LABUAN
- Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
– BERNAMA