Apa itu Watercar Panther? Syarikat WaterCar menghasilkan Panther, sebuah Jeep Scrambler yang boleh dipandu di darat dan juga air. Tayar Panther boleh dilipat keatas ketika dalam mod bot. Panther dilengkapi enjin 3.7 liter VTEC yang menghasilkan 305 kuasa kuda. Di dalam mod kenderaan Panther mampu memecut sehingga 128 kilometer sejam manakala dalam mod bot pula ia mampu memecut sehingga 72 kilometer sejam. Harga jualan Watercar Panther bermula dari USD 76 000 (RM 241 000) sebuah. Cool bukan? – sumber