Lagi pengumuman menggembirakan. Kumpulan Metallica bakal mengadakan konsert di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur buat pertama kalinya pada 21 Ogos ini. Berita tersebut diumumkan sendiri oleh mereka di laman web rasmi Metallica. Teruja bukan? Nak tiket? Penjualan tiket untuk konsert Metallica ini akan bermula 11.30 pagi pada 6 Julai ini di pusat membeli belah Fahrenheit 88, Jalan Bukit Bintang.
Menurut maklumat awal, harga tiket untuk tempat duduk bebas (free seating) berharga RM380/RM350/RM195 manakala kawasan ROCKZONE berharga RM680/RM550/RM450.
Manakala penjualan tiket secara atas talian (online) hanya akan bermula pada 8 Julai (Isnin) melalui www.ticketcharge.com.my dan juga laman web penganjur www.galaxy.com.my.