Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living Health

[ Hubungan ] Tips menarik untuk menambat hati mentua

by Aida Sue
July 4, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

inlaw

Bagi yang sudah berkahwin, ada mentua yang sukar untuk diambil hatinya. Maklumlah, manusia ada pelbagai karektor. Ada yang bertuah, mendapat mentua yang sporting, tetapi yang kurang bertuah, ada sajalah yang tidak kena dimata mereka. Berikut kami ingin kongsikan bagaimana untuk menambat hati mentua.

1. Gunakan pakaian yang sesuai semasa bertemu. Saat pasangan mengajak anda untuk berjumpa dengan ibu bapanya, pastikan anda menggunakan pakaian yang sopan dan tidak berlebihan. Jauhkan aksesori-aksesori yang berlebihan kerana itu boleh menjatuhkan imej anda di hadapan mereka. Selain itu juga bagi orang Islam, pakailah pakaian yang menutup aurat. Good impression is a must! 

IKLAN

2. Berikan hadiah atau buah tangan. Sama juga dengan ibu bapa anda, ayah-ibu pasangan anda pasti bakal senang jika dibawakan hadiah atau makanan tertentu kepada mereka. Oleh sebab itu, sebelum anda sampai ke rumah mentua, singgah di kedai dan belikan buah tangan untuk mereka. Ini kira BODEKlah!

3. Persiapkan diri dengan baik. Ingat bahawa matlamat pasangan anda mengajak bertemu orangtuanya adalah agar anda mengenal orangtuanya. Jadi seboleh mungkin persiapkan diri dengan baik. Tanya info mengenai ibu bapa pasangan anda supaya apabila berborak nanti, tidaklah kekok.

4. Biarkan mereka yang banyak berbicara. Sebagai orang yang lebih dahulu lahir di dunia, biasanya mereka pasti lebih banyak cerita. Dengarlah dengan baik apa yang mereka bicarakan. Sesekali keluarkan soalan-soalan yang memancing mereka bbercerita. Berikan wajah bersemangat keranamereka akan menyedari bahawa anda sungguh-sungguh ingin bercakap dengan mereka.

5. Berbincanglah mengenai pasangan anda juga. Hampir setiap ibu bapa pasti sangat membanggakan anak-anaknya, dan oleh kerana itu juga mereka sangat ingin pasangan anak mereka nanti merupakan orang yang tepat. Bertemu dengan ibu bapa pasangan anda akan memberi peluang untuk mengenal lebih dalam siapa pasangan hidup mereka.

6. Bagi yang mempunyai anak pula, kami nasihatkan anda lebih kerap pulang membawa anak-anak anda berjumpa dengan nenek dan atuk. Ini juga adalah satu tips untuk merapatkan hubungan kekeluargaan anda.

Tags: [ Hubungan ] Tips menarik untuk menambat hati mentuakeluargakeluarga mentuatips kekeluargaantips mentua
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan