Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

[ Cool ] Info tentang Kamera Casio TR Series Baru

by Malisa Aina
July 5, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Mr Shigeru Watanabe, Manager of Digital Imaging, Global Strategic Marketing Division of Casio is demonstrating TR 15, the new CASIO EXILIM digital camera.

CASIO baru-baru ini melancarkan kamera digital EXILIM baru – EX-TR15 dan EX-TR10 – yang dilengkapi dengan Fungsi Pencerahan Kulit dan Fungsi Solekan untuk mengambil gambar insan yang lebih cantik dan merakamkan potret diri menerusi pengalaman yang serba baru.

“Mereka yang tidak menganggap diri mereka sebagai peminat fotografi juga kini tidak ketinggalan menyimpan beribu-ribu gambar diri sendiri, rakan dan keluarga dan juga berkaitan kehidupan mereka dalam bentuk digital – dan memaparkan gambar dalam laman media sosial,” kata Yap Fui Fui, Pengarah Pemasaran Marco Heritage, pengedar eksklusif kamera CASIO EXILIM di Malaysia.

IKLAN

Kamera dilengkapi dengan paparan berputar 270 darjah yang sesuai untuk mengambil potret diri dari pelbagai sudut. Ia juga dilengkapi dengan butang pengatup potret diri pada kerangka kamera, yang mudah ditekan sambil dipegang dengan sebelah tangan. Kedua-dua model memaparkan imej dengan jelas menerusi skrin 920,000 piksel.

EX-TR15 dilengkapi dengan ciri tambahan, iaitu LAN Tanpa Wayar, membolehkan pengguna mengawal kamera menggunakan telefon pintar (sebagai pengawal jarak jauh) untuk mengambil gambar jarak jauh. Di samping itu, gambar boleh dipindahkan serta-merta selepas diambil dan kemudian dikongsi menerusi media sosial.

Kamera juga dilengkapi dengan Fungsi Perhiasan – cat, tera dan bingkai – untuk menjadikan potret diri lebih menarik. Ciri lain termasuk Penentu Masa Sendiri, Pengatup Sentuhan, kanta sudut lebar 21 mm, Pengatup Pergerakan, Premium Auto Pro, Gambar Kelajuan Tinggi, Gambar Berkilauan, dan Gambar Seni.

EX-TR15 boleh didapati dalam warna hitam, putih dan merah jambu cerah manakala EX-TR10 disediakan dalam warna putih, biru dan merah jambu khas. EX-TR15 dijual pada harga runcit RM2,599, manakala EX-TR10 dijual pada harga runcit RM2,099.

Tags: [ Info Menarik ] Kamera Casio TR Series Baru Sempurnakan Potret Diriinfo tentang Kamera Casio TR Series BaruKamera Casio TR Series Baru
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan