Sebelum ini, kami ada mengeluarkan satu artikel mengenai projek amal yang dipanggil Baju Raya Project yang merupakan projek mengumpul baju raya baru dan terpakai dan diberikan pada beberapa badan amal di seluruh negara. Untuk pengetahuan semua, Baju Raya Project adalah satu mini projek yang dijalankan oleh sekumpulan pengguna media sosial dan juga sukarelawan dimana mereka menggunakan media sosial untuk melakukan kerja amal.
Wanista.com menjadi portal online rasmi untuk projek ini manakala projek ini juga akan berkolaborasi dengan pihak stesen radio Era FM sebagai penyiar radio rasmi projek kebajikan ini. Projek ini diinspirasi oleh projek mendermakan makanan , projek mengumpul tudung, telekung dan sebagainya untuk diberikan kepada yang memerlukan. Tapi projek kali ini mengumpul baju-baju raya yang masih elok, cantik dan masih boleh dipakai untuk diberikan kepada anak yatim dan ibu tunggal. Projek ini diinisiasi oleh Aida Suraya binti Daud dan hingga kini lebih dari 15 orang sukarelawan yang terlibat secara langsung dalam projek ini.
MENGAPA
Kita sedia maklum bahawa Hari Raya merupakan hari kegembiraan kepada umat Islam. Salah satu cara untuk meraikannya dengan memakai pakaian cantik di hari raya. Namun, ada insan-insan yang kurang bernasib baik yang tidak mampu untuk membeli pakaian baru. Dengan itu, kami berharap dengan adanya projek ini, mereka yang kurang mampu dapat sama-sama merasakan kemeriahan di hari raya nanti.
BILA
#BajuRayaProject bermula di dua sesi iaitu sebelum puasa (7 Julai 2013, Ahad) dan insyaAllah semasa bulan puasa (21 Julai 2013, Ahad). Namun, kerana sambutan yang menggalakkan di seluruh Malaysia, beberapa fasa telah dimulakan di Klang dan Kuantan sejak dua minggu lalu. Dan pihak Baju Raya Project telah berkolaborasi bersama pihak stesen radio terkemuka iaitu ERA FM dimana pasukan Era Rangers akan mula mengumpul baju raya baru dan terpakai di seluruh negara mulai minggu hadapan.
BAGAIMANA
Selepas menerima kutipan baju, sukarelawan akan terus memeriksa dan menyusun semula baju dan akan terus diedarkan ke rumah anak yatim atau ke persatuan ibu tunggal sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Penderma digalakkan untuk mengasingkan baju mengikut saiz dan jantina, dan diminta untuk hanya memberi baju yang masih boleh dipakai.
Bagi di luar Selangor dan Kuala Lumpur pula, pihak Era Rangers dari stesen radio Era FM akan mengumpul baju raya di lokasi-lokasi yang bakal dinyatakan di seluruh negara dan akan diedarkan ke rumah anak yatim yang terletak di negeri seluruh Malaysia.
DI MANA
Acara terbesar bakal dilakukan di perkarangan parkir Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam bermula pukul 9.30 pagi hingga 1 petang, 7 Julai 2013.
Pada 20 Julai 2013 pula satu lagi acara bakal diadakan tetapi tempatnya masih belum diketahui.
Berikut adalah beberapa buah rumah kebajikan yang bakal menerima sumbangan pakaian raya dari Baju Raya Project
Alamat Melaka
Rumah Budak Laki-laki Tun Abdul Aziz, 46, Jalan Durian Daun, 75400 Durian Daun, Melaka
Tel : 06 – 2834149
Rumah Tunas Harapan Semarak Kasih Kompleks Penghulu Air Panas, 77200 Bemban, Melaka
Tel : 06 – 5291285
Alamat Pahang
Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Fakir Miskin Perempuan Permata Al Insyirah
Lot 2/11478, Perkambungan Sungai Isap, Jalan Gambang, 25150, Kuantan Pahang.
Telefon 014-5294331 (Puan Salawati)
Alamat Johor
Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Muar, 18, Jalan Petri, Peti Surat 109, 84007 Muar
06-9510022
Alamat Penang
Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Pulau Pinang, No. 79 Jalan Scotland, 11400 Pulau Pinang
Tel: 04 – 2297355
Alamat Perlis
Pertubuhan kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh, No. 1, Jalan Dato Wan Ahmad, 01000 Kangar, Perlis
Tel: 04 – 9766766 / 9769185
*perempuan sahaja
Alamat Sabah
Rumah Anak Yatim Tambunan, Petisurat 36, 89657, Tambunan, Sabah.
Tel: 087-774120
Alamat Kuala Lumpur
1. Madrasah Anak Yatim dan Tahfiz Quran Hashimiah, No. 111-3, Kompleks Pasar Borong, Jalan 2/3 A, km12 Jalan Ipoh Selayang, 68100 Batu Caves, Kuala LumpurTel: 019-2621671
2. Rumah Kasih Harmoni, No.1, Jalan AU 2A/13, Taman Sri Keramat, 54200 Kuala Lumpur.Tel: 017-3494313 / 013-3303430
HARAPAN DAN PERINGATAN
Dan pada penderma, tolong pastikan baju tersebut bukan baju yang anda ingin buang, tetapi baju yang anda akan pakai jika diberikan kepada anda di hari raya. Baju tersebut hendaklah masih baik dan bersih dan pastikan CUMA BAJU BERKAITAN RAYA SAHAJA – baju kurung, kebaya, baju melayu, tudung. Kami tak mahu menjadi beban buat pihak penerima pula nak buang baju yang tak boleh dipakai. Kita nak hadiahkan kepada mereka, bukan nak jadikan mereka tempat letak baju yang kita dah tak hendak.
Kami berharap agar projek ini dapat dibuat secara besar-besaran dan semoga kita dapat menceriakan mereka yang memerlukan.
Sebarang info lanjut, anda boleh hubungi pihak Baju Raya Project di laman Facebook dan Twitter Baju Raya Project