Seorang guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Beris Panchor di Kelantan ditembak dengan empat das peluru sebaik keluar dari sekolah tempat dia mengajar.
Dalam kejadian jam 1.45 tengah hari itu, guru tersebut, Hashim yang mengajar mata pelajaran muzik ditembak ketika memandu keretanya jenis Mercedes Benz keluar dari pintu pagar sekolah dipercayai untuk pulang ke rumah selepas selesai sesi persekolahan.
Mangsa dipercayai ditembak empat das oleh penyerangnya dengan tiga tembakan berkenaan terkena badan. Selepas ditembak, mangsa dikatakan sempat memandu keretanya sejauh kira-kira 300 meter sebelum kenderaan itu terbabas ke kiri jalan lalu melanggar sebuah rumah di kawasan berhampiran sekolah.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk pengebumian.
Menurut laporan akhbar Berita Harian, dari siasatan awal polis, motif kejadian mungkin berpunca akibat hutang kerana selain menjadi guru, mangsa terlibat dalam perniagaan balak, perniagaan jualan langsung dan kontrak kantin.
Menurut cerita dari penduduk yang tinggal berhampiran dengan tempat kejadian, oleh kerana kereta yang berkunci, penduduk kampung berusaha membantu mangsa mengucap sambil mengetuk tingkap kereta mangsa sebelum pihak polis sampai dan memecahkan tingkap kereta dengan besi penutup longkang. Semoga Tuhan merahmati pemergian arwah. Dah la nak puasa ni. 🙁 Takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa.
Laporan awal :
Semasa mangsa keluar dari Sek Ren Keb Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan telah ditembak oleh suspek yang tidak dikenali. Kereta mangsa telah terbabas ke kiri jalan dan terhenti dihadapan sebuah rumah alamat Lot 1843, Kg. Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan. Pemeriksaan forensik mendapati 4 das tembakan telah dilepaskan oleh suspek dan 3 mengenai cermin depan, 1 das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu. Manakala pada badan mangsa terdapat 3 das tembakan. 1 anak peluru di percayai telah dijumpai didalam kusyen pemandu. Siasatan awal dapati mangsa selain bertugas sebagai guru turut menjalankan pelbagai perniagaan seperti perniagaan balak, shakle( Direct Selling), kontrak kantin sekolah dll. Mengikut maklumat mangsa dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak dan perkara ini sedang dlm siasatan. Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital RPZ II KB untuk bedah siasat yang dijangka akan dijalankan malam ini.