Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result

Promosi : Air Asia perkenalkan menu ‘Raya Meal’ sempena bulan ramadhan dan syawal

by Lisa Aina
July 10, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Aireen with AA new menu

Sempena bulan Ramadhan dan Syawal ini, Air Asia telah memperkenalkan menu baru iaitu ‘Raya Meal’ dalam katalog makanan penerbangannya bermula 7 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar berkata, menu Nasi Hujan Panas (Rainbow Rice) bersama Rendang Daging dan Acar itu dipilih kerana citarasa masyarakat Malaysia malahan juga bersesuaian dengan mood bulan Ramadan dan Syawal. Menurutnya lagi, yang paling penting ia telah disahkan halal oleh Jakim.

IKLAN

“Penerbangan bukan lagi tentang untuk menuju ke sesuatu destinasi sahaja sebaliknya untuk merasai pengalaman itu sendiri. Kami di AirAsia berharap semua pelanggan akan teruja dan menyukai menu terbaharu yang disediakan,” katanya.

Ia boleh ditempah menerusi laman web AirAsia dengan harga RM15 termasuk sebotol air mineral (100ml) manakala pembelian dalam penerbangan dijual pada harga RM19 dengan pilihan bersama kopi, teh atau pun jus oren.

Raya Meal
Raya Meal

Sementara itu, antara hidangan lain yang turut disediakan kepada pelanggan AirAsia adalah Nasi Ayam Masam Manis Uncle Chin (Uncle Chin’s Sweet and Sour Chicken Rice), Nasi Goreng Ikan Pedas (Spicy Fish Fried Rice) dan Nasi Sayuran Manchurian (Vegetable Manchurian Rice) dengan harga serendah RM15 setiap satu.

“Pihak AirAsia juga turut memperkenalkan seleksi snek iaitu ‘Quick Bites’ seperti Kek Keladi (Yam Cakes), Samosa (Samosa with Mint Chutney), Bungkusan Bayam bersama Keju dan Avokado (Spinach Wrap with Cream Cheese and Avocado), Kebab kambing (Lamb Kathi Kebab Wrap), dan Sandwic Ayam dengan Epal (Chicken Mayo with Apple Sandwich).

“Semua menu tersebut boleh dibeli semasa penerbangan bersama semua kapal terbang dengan kod AK,” katanya.

Pelanggan juga digalakkan untuk membuat tempahan awal bersama tiket kapal terbang bagi mengelakkan sebarang masalah ketika di dalam penerbangan. Malah mereka akan menerima diskaun sebanyak 20 peratus jika pembelian dibuat menerusi laman web AirAsia. – BERNAMA

Tags: air asiapenerbangan air asiapenerbangan tambang murah air asiaPromosi : Air Asia perkenalkan menu 'Raya Meal' sempena bulan ramadhan dan syawalpromosi ramadhan dan syawal
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan