Jenama SK-II menjadi penaja utama bagi produk kecantikan koleksi Busana Tradisi by Radzuan Radziwill’ dan justeru itu, terdapat promosi SK-II Raya Set yang dijual pada harga RM738 ( harga sebenar RM1082) yang dijual dari 1 Julai 2013 hingga 11 Ogos 2013 yang mengandungi beberapa produk seperti Cleanser, Essence, Clear Lotion, Mask, Stempower, Repair C dan kotak eksklusif SK-II. Dalam pertunjukan fesyen itu, Duta jenama SK-II iaitu Fauziah Latiff tampil bergaya dengan busana eksklusif Radzuan Radziwill di pentas peragaan.

• SK-II Facial Treatment Essence 215ml
• SK-II Facial Treatment Clear lotion 20ml
• SK-II Facial Treatment Mask 1pc
• SK-II STEMPOWER 15g
• SK-II Facial Treatment Repair C 15ml
• SK-II Raya box and Raya varieties
Selain itu, Datuk Razuan Radziwill telah melancarkan koleksi pakaian hari raya Aidilfitri yang berkolaborasi dengan syarikat gergasi AEON du AEON AU2 Setiawangsa. Selain itu juga ada showcase pakaian raya dari jenama AEON sendiri seperti rangkaian Puteri, Guy’s Vision, J Kids dan J Baby yang berharga RM59 hingga 259 ( wanita ), RM49 hingga RM109 ( lelaki ). Bagi kanak-kanak pula harganya dari RM49 hingga Rm89 dan kesemua koleksi pakaian ini boleh didapati dari semua outlet AEON di seluruh negara.
IKLAN
Koleksi ‘Busana Tradisi by Radzuan Radziwill’ pula menampilkan rekaan yang menggunakan kain tenun dan chiffon broket. Untuk wanita, terdapat pilihan baju kurung tradisional seperti Baju Kurung Pesak Berpoket, Baju Kurung Riau, Baju Kedah dan Baju Kebaya manakala bagi lelaki pula, ada Baju Melayu Cekak Musang dan Baju Melayu Teluk Belanga. Rekaan eksklusif ini mempunyai 10 rekaan berbeza untuk wanita manakala 3 rekaan untuk lelaki dan berharga RM299 ( wanita ) serta RM199 ( lelaki ). Sebanyak 15 outlet AEON yang boleh anda kunjungi untuk mendapatkan baju eksklusif ini :
AEON Seberang Prai City , AEON Ipoh Kinta City, AEON Taman Equine, AEON Rawang, AEON Bandar Utama, AEON Mid Valley, AEON Bukit Tinggi, AEON Bandar Baru Klang, AEON Seremban 2, AEON Bandaraya Melaka dan AEON Tebrau City dari 1 Julai lepas.