Siapa yang tidak pernah cuba roti di bakeri The Loaf memang rugi. Selain dari harganya yang amat berpatutan ( harga roti disini ada yang seringgit lebih ), rasanya juga sedap dan banyak kelainan dari bakeri di luar sana. Restoran ini dimiliki oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan baru-baru ini beliau meraikan hari ulang tahun beliau yang ke-88 sehari lebih awal di cawangan kedai roti dan pastri miliknya, The Loaf di pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur.
Ulang tahun kelahiran Tun M adalah pada 10 Julai 2013 iaitu hari pertama kita berpuasamanakala isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali bakal menyambut hari jadi ke-89 pada 12 Julai.
Penulis amat menggemari roti OYAKI yang mempunyai pelbagai krim didalam roti tersebut dan tekstur roti yang amat lembut memang kalau makan tu hingga menjilat jarilah! . Nama Roll juga menarik kerana bukan sahaja ianya lembuh, bahkan kaya dan juga berkrim (nama bermaksud ‘segar’ dalam bahasa Jepun). Ini bukan roll biasa dan ia datang dalam 5 perisa; Asal, Caramel Sirap Maple, Buah-buahan Campuran, Teh Hijau dan Kopi.