Daripada dibuang beg yang lama lebih baik lakukan sesuatu, jadi kami kongsikan ‘step by step’ bagaimana beg lama berwajah baru. Jom belajar cara pembuatannya.
Apa yang kamu perlu sediakan
- Beg tangan
- Fabrik cotton dengan perincian bunga floral yang besar
- Pita pelukis
- Mod Podge
- Cat
- 2 plastik kecil
- 2 berus
- gunting
- Tips : ikut kreativiti anda.
Cara pembuatannya
Mula-mula sekali tampal bahagian pemegang beg dibalut plastik kecil dan juga tempat menutup beg juga dibalut plastik. Kenapa? step kedua kami tunjukkan sebabnya
Masa untuk cat beg anda, cat secara sekata/selari. Jangan letak air, biarkan cat itu kering dengan sendirinya.
Fabrik cotton digunting, ambil bunga floral yang besar sahaja. Bunga ini akan ditampalkan di atas beg jadi perlu disusun ikut kretiviti anda.
Gam dan susun bunga yang anda gunting tadi ikut kreativiti. Rata dan lekatkan ia dengan pita pelukis. info
Apabila sudah kering, alihkan pita pelukis dan sekarang beg anda sudah berwajah baru.