Pernah alami pengalaman pelayaran naik Cruise mewah? Bagi yang tidak pernah, jangan risau kerana di Korea Selatan anda boleh rasainya. Baiklah, Sun Cruise Hotel merupakan satu tarikan pelancong Korea direka dan dibina seperti sebuah cruise cuma yang berbeza ialah cruise ini tidak bergerak. Unikkan. Sun Cruise Hotel kelihatan seperti sebuah kapal yang terdampar di atas tebing oleh ombak gergasi, mempunyai struktur yang amat besar dan sebenarnya telah dibina pada tahun 2002 khas untuk pelancong yang tidak mempunyai wang atau masa untuk sertai pelayaran sebenar. Sun Cruise Hotel adalah salah satu tarikan pelancong yang paling popular di Korea Selatan.
Bilik-bilik di Sun Cruise Resort dan Yacht yang terletak di Jeongdongjin ini bermula daripada 80,000 Won Korea Selatan ($ 71) satu malam. Menarik bukan, jadi bila pergi ke Korea Selatan singgah sini okay…