Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

Program terhebat & drama ‘Box Office’ sempena Ramadan Raya di portal video Tonton

by Malisa Aina
July 16, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

tonton_web_app_2

Sempena ketibaan Ramadan dan sambutan Syawal tahun ini, Tonton sekali lagi membawakan pelbagai program hebat untuk tatapan pelayar ‘online’. Bermula Ramadan lalu, pelbagai program menarik telah boleh ditonton melalui laman web www.tonton.com.my menggunakan komputer, ‘mobile’ serta di Samsung SMART TV!

Sajian Rohani Seindah Ramadan Anugerah Syawal menerusi portal Tonton menghimpunkan pelbagai program terbaik secara catch-up dari TV3, TV9 dan portal khas www.ramadanraya.com.my. Saksikan rancangan dramedi hebat di TV3 secara ‘catch-up’ menerusi Tonton antaranya Rumah Kedai, OMG dan Ayam! Manakala pelbagai tips dan cara masakan sempena Ramadan boleh ditonton menerusi rancangan Dapur Panas, Moreh dan Ini Caranya. Melengkapkan sajian Rohani di TV3, program Zikir Hati, Kias Ramadan dan Insaf boleh ditonton pada bila-bila masa menerusi portal video Tonton.

IKLAN

Merancakkan sambutan Ramadan Raya tahun ini, TV9 turut menampilkan rancangan menarik, antaranya Mencari Resipi Turun Temurun, Menu Kalimah dan Jom Berbuka. Dapatkan pengisian Rohani bersempena Ramadan ini melalui ‘catch-up’ ‘A Touch of Faith’, ‘Surahs We Read The Most’ dan Al Quran Menjawab Bersama Ustaz Haslin.

Menerusi portal khas Ramadan Raya (www.ramadanraya.com.my) 2 siri web terbaik ditampilkan menerusi Tonton iaitu ‘Raya Fesyen Kritik’ dan ‘1001 Persoalan’. ‘Raya Fesyen Kritik’ yang disiarkan secara eksklusif pada setiap Rabu dan Jumaat bermula jam 3 petang. Manakala menerusi siri web ‘1001 Persoalan’, disiarkan setiap Isnin sehingga Jumaat bermula 12 tengah hari turut boleh ditonton secara global.

Portal video Tonton turut meraikan sambutan Syawal dengan tawaran filem menarik antaranya Buli, Buli Balik, Perempuan Melayu Terakhir, Selubung, Sayang Salmah. Malah turut ada ialah konsert Sudirman – One Thousand Million Smiles, Gegar Bersama Search, Konsert Awie, Konsert Tan Sri SM Salim dan banyak lagi. Rancangan ‘evergreen’ kegemaran ramai yang pernah disiarkan menerusi TV3 & TV9 turut ditawarkan buat penonton antaranya Rendang Untuk Mertua, Airmata Syawal, Terlerai Takbir Kasih dan banyak lagi secara percuma.

Eksklusif untuk pengguna Tonton, telefilem Geng Kampung Pisang bakal ditayangkan 24 jam lebih awal menerusi portal video Tonton sebelum tayangan di TV9. Merancakkan lagi pengalaman tontonan secara digital, telefilem Karlos Raya menawarkan interaktiviti pengguna di gajet pintar. Tidak ketinggalan, tayangan filem Bunohan boleh ditonton secara eksklusif pada 1 Ogos 2013.

Layari www.tonton.com.my sekarang untuk menonton pelbagai info menarik sepanjang bulan ini! Layari Tonton di komputer, tablet dan telefon pintar hari ini secara PERCUMA, di mana sahaja anda berada dan pada bila-bila masa!

Tags: portal video TontonProgram terhebat & drama 'Box Office' sempena Ramadan Raya di portal video TontonTONTON
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan