Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri kian terasa, dan seharusnya golongan wanita khususnya mesti sedang membuat persiapan rapi nak menyambut Hari Raya kan? Wanita dan perhiasan memang tidak dapat dipisahkan. Untuk itu Poh Kong mengetengahkan koleksi barang kemas yang indah mempesona bagi menghiasi diri mahupun sebagai cenderahati yang selayaknya untuk insan yang dikasihi.
Untuk kali ini, rekaan terbaharu dari Anggun menampilkan Koleksi Orkid yang disulami keistimewaan tersendiri, dan ditambah dengan rekaan lain dalam Koleksi Karya Anggun. Malah, Koleksi Manja yang dihasilkan khusus untuk kanak-kanak juga tidak kalah dengan beraneka macam pilihan. Semua ini hanya terdapat secara eksklusif di Poh Kong, Poh Kong Gallery serta Diamond & Gold. Kalau anda nak tahu rekaan Koleksi Orkid dari Anggun ini mempunyai kehalusan seni bunga orkid yang sangat teliti dan sangat-sangat cantik.
KOLEKSI ORKID
Rangkaian barang kemas yang terbaharu dari Koleksi Orkid ini adalah karangan bunga-bungaan eksotik. Setiap satu perhiasan ini adalah bertunjangkan pertukangan yang begitu halus dan terperinci dengan disulami keluarbiasaan tersendiri. Lebih menarik lagi reka cipta Koleksi Orkid membolehkan pemakainya menyuai padan pasangan subang yang berbeza untuk dipakai bersama cincin dan loket/kalung pilihan.
Set 1
Set 1 Koleksi Orkid yang menggabungkan serangkaian perhiasan subang, loket serta cincin. Kelainan corak yang terdapat pada sepasang subang telah direka khas agar masing-masing sesuai dipakai pada telinga kanan dan kiri. Rekaan ini juga berteraskan bebunga dengan bebatang halus berlilit dan berjuraian, subang ini menampilkan arus perkembangan semasa dalam reka coraknya. Namun, yang paling menonjol dan pastinya menggamit perhatian adalah rekaan cincinnya yang nyata amat unik dan teristimewa. Ia bertunjangkan konsep awan larat di mana bebunga dan lilitan batangnya melingkar sehingga ke atas tangan.
Set 2
Set 2 dalam Koleksi Orkid ini juga tidak kalah dari segi perincian dan keunggulan. Ia membariskan keindahan rantai leher, sepasang subang dan aneka rekaan gelang.
Rekaan subang untuk set ini turut mengetengahkan corak berbeza pada subang kiri dan kanan. Malah, agar tampil lebih menyerlah, hujung subang ini dihiasi unjuran yang melekap ke bahagian atas telinga.Rekaan gelang tangannya menggabungkan konsep kerawang dan awan larat dengan kuntuman orkid menjadi hiasan tengah. Jalinan bebatang yang membelit dan melingkari, seolah-olah menampung hiasan kuntuman orkid bagi membentuk rekaan yang lebih semula jadi, menawan dan bermutu tinggi.
Set 3 dan Set 4
Jika rekaan rantai panjang menjadi idaman, maka anda tidak perlu memandang jauh kerana Set 3 dalam Koleksi Orkid ini dapat memenuhi impian anda. Menggabungkan rantai bercorak bebola kecil bersama kuntuman bunga orkid yang berlainan saiz dan rekaan pada bahagian kiri dan kanan rantai leher tersebut, hasil garapan ini tentu tidak akan mengecewakan sesiapa yang memakainya.
Seandainya sesuatu yang lebih ringkas menjadi teras pilihan anda, maka Set 4 adalah jawapannya. Merangkumi rantai leher, subang, cincin dan gelang, set ini adalah gambaran kesederhanaan yang sesuai dipakai untuk sebarang acara. Dengan bunga orkid menjadi titik tumpu pada setiap satu perhiasan barang kemas ini, kemilau yang mengulit diri, akan membangkitkan pesona sejati.
KOLEKSI KARYA ANGGUN
Berilhamkan tulisan khat Arab yang turut dirangkaikan dengan corak bunga-bungaan, Koleksi Karya Anggun kali ini mengetengahkan sepuluh reka corak loket. Abjad yang diterapkan dalam tulisan khat ini, masing-masing membawa makna ‘Anggun’, ‘Cinta’, ‘Malaysia’, ‘Rindu’, ‘Kasih’, ‘Sayang’, ‘Kejayaan’, ‘Perpaduan’, ‘Manja’ dan ‘Indah’.
KOLEKSI MANJA
Koleksi Manja telah direka khusus untuk mereka dengan menampilkan beraneka pilihan barang kemas yang cukup molek dijadikan tanda mata pada hari yang berbahagia dan cukup bermakna. Bersandarkan motif bunga Melur dan Alamanda, koleksi barang kemas ini terdiri daripada cincin, gelang, subang serta loket.