Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living Health

[ Hubungan Cinta ] 7 tanda anda terlalu banyak berkorban dalam hubungan cinta anda

by Aida Sue
July 16, 2013
Share on FacebookShare on Twitter
realiti-cinta
Yuri_Arcurs ©crestock.com

Hubungan cinta yang baik adalah di mana kedua-dua pihak baik lelaki mahupun perempuan saling tolong menolong dan memberi kasih sayang bersama-sama dan bukanlah hanya dari sebelah pihak sahaja. Ia sering berlaku kepada wanita yang kita tahu terlebih prihatin terhadap pasangannya.  Berikut adalah tanda-tanda bahawa anda memberi terlalu banyak dalam hubungan anda dan terlalu banyak berkorban dalam hubungan cinta anda.

1. Anda sentiasa menunggu pasangan anda

Anda selalu menunggu pasangan anda tidak kiralah di majlis apa pun. Dia begitu bersahaja dan tanpa minta maaf terus berjumpa anda biarpun telah membuatkan anda menunggu hingga 1-2jam. Tingkah laku itu bermakna kekasih anda tidak peduli dan menghormati masa anda.

IKLAN

2. Pasangan anda tidak pernah secara sukarela membawa anda bersiar-siar dan keluar dating
Hubungan anda tidak pernah memuaskan anda berdua dan asyik anda sahaja yang membuat perancangan kalau keluar pun. Jika anda atau pasangan anda berperangai seperti ini, maka mungkin tiba masa untuk menimbang semula hubungan anda.

3. Pasangan anda tidak pernah mempedulikan anda dan takes you for granted

Dia hanya mempedulikan anda bila ada masalah sahaja ataupun perlukan pertolongan anda. Jika dia tiada apa-apa masalah, dia lebih cenderung untuk mengabaikan anda dan hanya menggunakan anda sahaja.

4. Anda tidak mempunyai kehidupan luar
Ini adalah salah satu tanda utama yang menunjukkan bahawa anda memberi terlalu banyak dalam hubungan anda. Kita semua mempunyai kehidupan sosial dengan rakan-rakan, ibu bapa, adik beradik dan orang lain. Walau bagaimanapun, apabila hidup anda menjadi terhad hanya panggilan telefon dan berjumpa dengan pasangan anda, anda perlu berhati-hati. Hubungan anda bakal membunuh anda!

5. Anda taksub dengan pasangan anda
Jika siang malam anda duduk dan berbual mengenai pasangan anda sahaja, anda pasti akan mendorong pasangan anda lebih jauh dari anda kerana tiada siapa yang suka melekat 24 jam sehari. Pasangan akan bertambah rimas dan bosan dengan karenah anda yang ingin mendampinginya setiap masa!

Tags: [ Hubungan Cinta ] 7 tanda anda terlalu banyak berkorban dalam hubungan cinta andacinta dan perhubungancinta tak kesampaianmasalah cintamasalah kekasihtips cinta
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan