Saya pasti setiap wanita inginkan kaki yang cantik dan menawan. Dalam mengenakan apa jua pakaian, kaki mesti nampak menawan. Tetapi bagaimana untuk mendapatkan kaki yang sempurna. Jangan risau, kami ada caranya.
Penjagaan yang sempurna
IKLAN
Bagimana ingin dapatkan kaki tona sempurna tanpa parut, kulit kering ataupun bersisik. Kaki yang tidak dicukur boleh membuatkan ia kelihatan menjijikkan. Berikut adalah tips yang boleh dipraktik agar anda tidak lagi bimbang.
- Wax atau cukur kaki anda. Lakukannya secara perlahan, jika anda terlalu keras atau kasar, dikhuatiri akan menyebabkan luka.
- Lembapkan kaki anda setiap kali selepas mandi.
- Gunakan skrub yang baik sekurang-kurangnya sekali dalam dua minggu.
- Sebelum tidur, amalkan memakai losyen agar kulit kaki anda sentiasa lembap dan lembut.
Cara lain yang juga boleh dipraktikkan adalah
Selain membelai atau menjaga kaki anda, ada beberapa cara yang cepat untuk dapatkan kaki yang sempurna.
- Anda hanya perlu mendedahkan sebahagian dari kaki, mencipta ilusi kaki panjang. Walaubagaimanapun, pastikan bahawa pakaian tidak terlalu pendek.
- Solek kaki anda dengan bronzer agar ianya berkilau.
- Memakai kasut tumit tinggi.