Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

[ Pelik ] Dua pasangan sejoli ketagih darah satu sama lain

by Lisa Aina
July 16, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

pasangan-vampire-130716b

Peristiwa yang berlaku di London iaitu dua pasangan sejoli, Lia Benninghoff dan Aro Draven mempunyai tabiat yang sangat pelik dan gila iaitu kedua-duanya suka minum darah. Menurut Lia, 20, dia mula sukakan darah selepas menjalinkan hubungan dengan Aro, 38, yang juga bapa kepada lima orang anak.

“Apabila Aro memberitahu saya bahawa dia adalah pontianak, saya berasa teruja. Ini kerana saya tidak menyedari bahawa pontianak wujud,’’ katanya.

IKLAN

Lia berkata, selepas tiga minggu menjalinkan hubungan, Aro telah menukarkannya menjadi pontianak, dalam satu majlis berkongsi darah yang disambut oleh mereka berdua.

“Apabila Aro menerangkan kepada saya bahawa perkongsian darah ini akan mendekatkan lagi hubungan kami berdua, maka saya meminta dia menukarkan saya kepada pontianak.

q

“Aro menghiris lengannya dengan pisau di bahagian belakang tangan dan kemudian menawarkan darah kepada saya sebelum dia pula meminum darah saya,’’ katanya.

Selepas minum darah itu, Lia berkata, tenaganya tiba-tiba bertambah dan mula menyukai darah. Untuk memenuhi tabiatnya yang pelik itu, Lia minum darah sekurang-kurangnya empat kali sehari dan akan berasa lemah jika tidak berbuat demikian.

Selain minum darah mereka sendiri, pasangan pelik itu juga membeli darah babi yang dijual di pusat penyembelihan. Namun Lia menegaskan bahawa orang awam tidak perlu takut kepadanya, kerana dia bukan menghisap atau menggigit darah orang lain. Sebaliknya hanya berkongsi darah dengan pasangannya, itu pun selepas mereka menjalani ujian darah. sumber

IKLAN
Tags: [ Pelik ] Dua pasangan sejoli ketagih darah satu sama lainLia Benninghoff dan Aro DravenLia Benninghoff dan Aro Draven ketagih darah
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan