Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Inspirasi : Ekspedisi Pasangan Warga Emas Menaiki Kereta 4WD Dari Malaysia Menuju Ke Mekah

by Aida Sue
July 17, 2013
Sumber FB Kamarul Azwan

Sumber FB Kamarul Azwan

Share on FacebookShare on Twitter
Sumber FB Kamarul Azwan
Sumber FB Kamarul Azwan

Kita selalu mendengar ekspedisi pengembaraan manusia yang menjelajah ke serata benua dengan menaiki pelbagai kenderaan dan ada yang berjalan kaki. Tetapi berita mengenai pengembaraan oleh warga emas yang berumur 70 tahun jarang kita dengar. Apa yang saya ingin kongsikan adalah kisah inspirasi pasangan ibu bapa kawan saya, Kamarul Azwan, yang juga merupakan bekas pemain boling negara, yang baru sahaja memulakan pengembaraan mereka dari Malaysia menuju ke Arab Saudi dengan menggunakan kenderaan Pajero 4WD yang sudah pun berusia 16 tahun! 

Encik Kamarul Zaman Abd Rahman dan isterinya Puan Kamsiah yang kedua-duanya berumur 70an telah memulakan pengembaraan Sabtu lepas pada pukul 8.30 pagi tadi dan mereka memang dari dulu ingin mengembara dan pengembaraan mereka menggunakan jalan darat yang bakal melalui Thailand, Laos, Vietnam, China,  Tajikistan , Uzbekistan , Turkmenistan , Iran , Iraq , Kuwait , dan seterusnya Arab Saudi. Pasangan ini berharap agar mereka sampai ke Shanghai atau Xi’an di China untuk menyambut Hari Raya dan sampai di Jeddah dan Mekah sekitar bulan Oktober depan untuk menunaikan ibadah Haji.

Menurut Kamarul Azwan lagi, ibu bapanya kini sudah selamat tiba di Songkla, Thailand dan akan menyambung perjalanan mereka pada keesokkan hari menuju ke Bangkok. Encik Kamarul Zaman juga telah membeli nombor telefon Thailand supaya mudah untuk menghubungi ahli keluarga mereka dan menggunakan perkhidmatan internet untuk memuatnaik gambar sepanjang perjalanan mereka ke Mekah di laman Facebook.

IKLAN

Bagi anda yang ingin mengikuti kisah perjalanan pasangan ini, anda boleh lawati laman Facebook Kamarul Azwan, sebarang bantuan kewangan mahupun apa-apa sahaja, anda boleh mesej mereka di alamat emel : [email protected]

kamarulzaman

kamarulzaman2

Kami doakan perjalanan Encik Kamarul Zaman Abd Rahman dan isterinya Puan Kamsiah dipermudahkan Allah swt dan supaya hasrat pasangan ini menunaikan ibadah Haji di Mekah terlaksana. Semoga kisah ini menjadi inspirasi pada anda di luar sana! Umur bukan penghalang untuk anda capai apa yang anda inginkan kerana yang penting anda berani mengejar impian anda.

 

Tags: berita semasaekspedisi malaysia mekahhajiInspirasi : Ekspedisi Pasangan Warga Emas Menaiki Kereta 4WD Dari Malaysia Menuju Ke Mekahkamarul zamankisah inspirasikisah kamarul zamankisah warga emas kereta malaysia mekahnaik kereta dari malaysia ke mekah
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan