Semalam, pelakon lelaki Ashraf Muslim banyak mengejutkan ramai pihak apabila dia telah membuat pengakuan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang beliau sudah pun bernikah dengan kali kedua di Thailand.
Tiada Zuriat : Pelakon Ashraf Muslim ingin berkahwin lagi satu
Artikel yang dipetik dari akhbar Harian Metro itu berkata, ayah mertuanya iaitu ayah Noor Dayana merasa terkilan dan kecil hati dengan tindakan Ashraf yang telah menyinggung perasaan ramai pihak terutamanya isteri pertamanya yang juga mendakwa selebriti itu telah berbohong tentang tujuan beliau ke Thailand.
Menurut bapa mertuanya, Ashraf berkahwin lagi satu tanpa kebenaran mahkamah terlebih dahulu dan juga berkata Ashraf Muslim tetap menyembunyikan perkara ini sehingga dia balik dari Thailand.
Hj Lokman turut menafikan yang anaknya Noor Dayana redha dengan keputusan Ashraf Muslim untuk berkahwin buat kali kedua & tindakan pergi ke mahkamah memang keputusan Noor Dayana sendiri. Ashraf dan Noor Dayana bernikah pada 30 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Syawal di Mekah.
“Daripada mula pun anak saya tidak rela atau redha — yang dalam surat khabar kata anak saya redha itu pun bukan dari anak saya — itu satu penipuan yang besar,” tambahnya lagi.
Memanglah salah satu tujuan berkahwin adalah untuk mendapatkan zuriat, tetapi sebagai seorang suami, sepatutnya lebih bersabar menunggu rezeki. Ashraf dan Dayana pun baru juga berkahwin 2 tahun… Kami ucapkan semoga Dayana dapat bertabah dan sabar dalam mengharungi dugaan ini dan juga sebaik-baiknya, Ashraf meminta maaf daripada Dayana kerana telah menipu tentang tujuan beliau ke Thailand.
Puisi Noor Dayana ( sumber FB )
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
Rentetan kisah perkahwinan Ashraf Muslim :
7 Mei ( Kosmo! )
Menurut Ashraf, buat masa sekarang dia tidak boleh kongsikan lagi isu yang melanda rumahtangganya dan pelakon ini juga dilihat enggan mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi tersebut.Saya tak perlu cakap. Memang ada isu tapi saya tidak boleh cerita sekarang.
Mei 2013 ( Harian Metro )
Temuramah dengan Wan Sakinah : Saya kenal dia (Ashraf Muslim) sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun sudah mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma dia pesan, kalau boleh elakkan perkahwinan. Bagaimanapun, jika ia berlaku, dia redha. Sakinah menyerahkan segala keputusan kepada Ashraf Muslim sama ada mahu memperisterikannya atau tidak.
10 Mei 2013 ( Sinar Harian )
Saya difitnah! – Ashraf Muslim
“Maaf ya, dengan rendah diri saya belum masanya untuk saya menjelaskan perkara sebenar. Lagipun orang media buat fitnah pasal saya, jadi lagilah saya akan berdiam diri dan bersabar,” jelasnya. Malah menerusi akaun Twitter miliknya, Ashraf turut meluahkan rasa sama: “Makin lama makin ramai yang suka melemparkan fitnah atas kepentingan sendiri. Ingat kita ada ALLAH,” ujarnya ringkas. Sebelum ini, Ashraf menerusi kenyataannya di sebuah akhbar, tidak menafikan ke mahkamah atas satu urusan, namun enggan mendedahkan urusan terbabit. Tindakan Ashraf berahsia, bukan meredakan keadaan, sebaliknya satu demi satu cerita mula keluar termasuk identiti wanita yang bakal dikahwininya.
25 Jun 2013 ( Kosmo! )
Dayana masih satu-satunya isteri saya yang sah. Memang saya mengaku pergi Mahkamah Syariah tetapi untuk apa dan buat apa, saya tidak boleh kongsi. Saya harap semua faham kerana banyak hati yang perlu saya jaga, saya tidak mahu kenyataan saya akan menyebabkan salah faham yang lebih besar
17 Julai ( Harian Metro )
Mahkamah Tinggi Syariah di sini sebentar tadi membenarkan pelakon dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim menarik balik permohonan berpoligami selepas Ashraf mengaku bernikah kali kedua dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada Ahad lalu. Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab turut memerintahkan Ashraf atau nama sebenarnya Mohd Ashraf Muslim, 32, membayar kos sebanyak RM8,000 kepada isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, sebagai kos mahkamah.
Ini merupakan gambar isteri kedua Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah yang berumur 28 tahun. Ada desas-desus mengatakan punca tindakan Ashraf, 32, berkahwin lain disebabkan tiada zuriat dengan isteri pertamanya, Noor Dayana.