Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Berita : Alvin dan Vivian Disumbat Ke Penjara – Mahkamah Tolak Ikat Jamin!

by Malisa Aina
July 19, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

470x275x76f00e0a6602e8058b07a08668f1bc32.jpg.pagespeed.ic.Sd7FPwi15H

Menurut laporan Astro Awani, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan. Walaubagaimanapun, pasangan ini mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan itu. Mereka didakwa di bawah Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan juga Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Hakim juga membuat keputusan tidak membenarkan mereka diikat jamin sementara menunggu tarikh perbicaraan.

IKLAN

Mereka akan dipenjarakan di mana Alvin akan dihantar ke penjara Sungai Buloh, sementara Vivian pula akan dihantar ke penjara Kajang.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin dan Ishak Md Yusoff turut meminta hakim agar ketiga-tiga pertuduhan dibicarakan serentak.

Pihak peguam pembela bagaimanapun memaklumkan bahawa dakwaan Penapisan Filem tidak boleh dibicarakan serentak kerana perkara itu dilakukan pada tarikh berlainan.

Akaun Facebook Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee Ditutup Selamanya

Hakim bagaimanapun memutuskan untuk membicarakan ketiga-tiga tuduhan serentak. Bukan itu sahaja, tindakan melampau mereka telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak khususnya umat Islam di Malaysia serta disusuli oleh laporan polis dari beberapa NGO. – http://www.astroawani.com

Tags: alvin dan vivianalvin dan vivian masuk penjaraBerita : Alvin dan Vivian Disumbat Ke Penjara – Mahkamah Tolak Ikat Jamin!pasangan alvin dan vivian
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan