Untuk menerangkan lima trend warna inspirasi untuk Hari Raya, Dr. Eric berkata bahawa “warna adalah lebih daripada visual. Warna memberi kesan kepada emosi dan deria dari semua aspek sama ada menenangkan, melegakan, merangsang atau memberi inspirasi. Bagi pihak Dulux, dengan skema warna-warna ini, saya harap kita boleh menjadi sebahagian dari musim perayaan anda dengan memperkenalkan idea-idea segar untuk rumah anda pada Hari Raya ini.”
Simple Celebrations
Trend warna pertama yang diperkenalkan untuk tip hiasan Raya adalah palet Simple Celebrations. Trend ini terdiri daripada campuran warna terang, riang dan tona alam, menghasilkan rona-rona seimbang tetapi menarik yang sesuai sebagai latar belakang gambar bersama rakan dan keluarga. Inspirasi Simple Celebrations diilhamkan daripada palet “The Art of Understanding” di dalam Dulux ColourFutures™ 2013.
Newly-Weds
Dr. Eric juga memperkenalkan tip hiasan raya untuk pasangan pengantin baru, iaitu palet yang diperoleh daripada “Visual Solace” di dalam Dulux ColourFutures™ 2013. Dengan warna pastel lembut, Newly-Weds mewujudkan penyatuan cinta yang indah dalam perkahwinan dengan sentuhan misteri, cinta dan keunggulan untuk kediaman anda.
Candy Raya
Bagi pemilik kediaman yang berani tampil berbeza dan lebih berani dengan pilihan warna, Dr. Eric memperkenalkan palet warna terang Candy Raya untuk memberi tenaga kepada kediaman anda. “Candy Raya ini sesuai untuk Raya kerana palet warnanya sama meriah dan meninggalkan tanggapan baik yang berkekalan pada tetamu anda,” kata Dr. Eric.
Family Home
Tona alam Family Home pula adalah untuk persekitaran selesa dengan rona dalam yang sesuai sebagai latar belakang untuk membangkitkan warna perhiasan dan perabot. Ia adalah palet warna sempurna untuk keluarga yang sukakan perhiasan yang tidak rumit. Warna-warna ini diinspirasikan daripada palet “Home Factory” di dalam Dulux ColourFutures™ 2013.
Mostly Masculine
Tip hiasan Raya terakhir yang diperkenalkan adalah Mostly Masculine, dengan warna dalam yang menenangkan – iaitu warna-warna antara kelabu hingga biru gelap. Ia adalah palet warna yang mencerminkan kekemasan, moden dan agung, satu lagi palet yang diinspirasikan daripada “Switching Off” di dalam Dulux ColourFutures™ 2013 untuk mencantikkan kediaman anda!
Dulux mempunyai lebih daripada 2,000 warna untuk diterokai supaya anda boleh mengubah kediaman anda untuk mewujudkan persekitaran yang memberi seribu kenangan pada Hari Raya ini. Untuk maklumat lanjut tentang lima trend warna dan imej bilik penuh inspirasi, sila layari laman web Dulux di http://www.dulux.com.my atau Facebook Dulux Malaysia di www.facebook.com/DuluxMalaysia