Perut rata memang idaman setiap orang. Bukan hanya kerana lebih menunjang penampilan, tetapi perut rata juga menunjukkan keadaan kesihatan yang lebih baik serta lipatan di perut juga akan menyukarkan anda melakukan aktiviti fizikal. Berikut merupakan fakta dan mitos mengenai usaha anda untuk mendapatkan perut yang kempis
1. MITOS: Lewat makan
FAKTA: Menghindari sarapan atau makan malam bukanlah cara paling baik untuk mendapatkan perut kempis, kerana anda akan mudah lapar dan kemudian makan dalam jumlah yang banyak. Hal ini membuatkan lemak perut anda menebal.
SOLUSI: Makanlah dalam jumlah kecil setiap 3 hingga 4 jam. Hasilnya, perut tidak mudah buncit dan mudah kempis.
2. MITOS: Menjadi vegetarian: mengelakkan daging dan ikan kerana ia mengandungi kalori dan lemak.
FAKTA: Daging itu perlu, kerana ia merupakan raja protein yang merangsang metabolisme sehingga perut bebas lemak.
SOLUSI: Pilih makanan rendah lemak dan kalori, seperti cottage cheese dan ikan tuna.
3. MITOS: Roti adalah musuh badan anda
FAKTA: Ya, roti putih mungkin adalah musuh badan anda, tetapi roti gandum dan bijirin tidak termasuk. Ia adalah serat yang lambat diserap sehingga membuatkan rasa lapar lebih lama.
SOLUSI: Sarapan dengan semangkuk bijirin, dan jangan mengunyah makanan ringan sampai waktu makan tengah hari. Lakukan selama satu bulan dan lihat hasilnya.
4. MITOS: Rajin sit-up
FAKTA: Untuk membentuk otot perut, sit-up memang digalakkan, tetapi untuk menyingkirkan lemak, cara ini tidak berhasil.
SOLUSI: Lakukan latihan kardio sekerap mungkin. Jika anda biasanya berlari selama 20 minit, tambah menjadi 40 minit.
5. MITOS: Mengonsumsi makanan dengan elemen ‘FREE FAT” atau “BEBAS” seperti bebas gula, bebas lemak, atau bebas kalori.
FAKTA: Produk ini biasanya menggunakan pemanis buatan yang dipercayai menjadi pencetus agar tubuh anda meningkatkan kemampuan menyimpan lemak.