Melalui rancangan baru Killer Karaoke, pelawak dan pelakon lagak ngeri Steve-O mengenakan para peserta dengan cabaran berkaraoke dengan perkara mengerikan menanti mereka.
IKLAN
Peserta akan dipaksa menyanyi sementara diserang anjing yang mengawal atau berjalan melalui pokok kaktus. Terdapat juga seorang wanita menangis selepas dimasukkan dalam tangki berisi ular untuk persembahannya. Seorang lagi dikenakan renjatan elektrik. Tiga peserta akan mengambil bahagian dalam persembahan peringkat akhir untuk memenangi hadiah wang tunai £7,000 (RM34,000). Jom tengok video yang kami kongsikan. – Agensi