Bagi anda yang suka sangat makan manisan atau pencuci mulut, disini kami kongsikan resepi coklat celup pisang dan peanut butter yang anda boleh cuba dirumah anda untuk berbuka puasa.
Bahan-bahan :
IKLAN
- Pisang
- Peanut butter ataupun apa-apa jem
- Coklat cadbury biasa
- Jika anda menggunakan cip coklat, cairkan dengan minyak
Cara-cara :
1. Potong pisang kecil-kecil. Sapukan peanut butter ataupun apa-apa jem yang anda suka. Masukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan.
2. Cairkan coklat secara double boil ataupun masukkan ke dalam microwave selama 1 minit.
3. Dengan menggunakan lidi atau garfu, ambil pisang yang telah disejukkan dan celup ke dalam coklat cair. Biarkan seketika dan anda boleh makan semasa berbuka puasa!
Selamat mencuba!