Baru-baru ini bekas pelakon dan juga penceramah Abby Abadi telah berkongsi gambar beliau bersama suami barunya yang berusia 24 tahun iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar di laman sosial Twitter dan Instagram. Dia dan suaminya telah bernikah pada 9 Julai 2013 dan pernikahan tersebut telah dilakukan di Thailang. “Tak ada masalah pun dalam undang-undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah. Cuma saya perlu selesaikan beberapa isu yang berbangkit,” jelas Abby.
Menurut laporan Harian Metro, Abby Abadi, 36 tahun dan suaminya telah bertemu di sebuah pasaraya di ibu negara sebelum mengambil keputusan bernikah selepas dua minggu berkenalan dan mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan dengan bekas suaminya Norman Hakim.
Mengulas perkara itu, Abby dan suaminya ketika ditemui pada ceramah kempen pilihan raya PAS di Kampung Jerat Cina, di sini berkata, dia enggan membesarkan perkara itu kerana bimbang mendatangkan masalah kepada rumah tangganya.
Komen Abby Abadi lagi :
“Benda itu (bernikah di luar) tak jadi masalah pun, Allah SWT kita dahulukan, jadi saya dah lepas dengan Allah SWT, maksudnya kita dah bernikah itu yang terbaik, jadi untuk dengan manusia pula sekarang inilah saya patut terangkan. Dah tertulis macam itu, tak apa yang penting Allah SWT dulu, yang penting saya dapat elak dosa. Kalau kita nak sibuk manusia punya pandangan apa yang patut kita buat untuk puaskan hati semua pihak memang payah, jadi kita dulukan Allah SWT tak ada masalah langsung untuk saya selesaikan,” katanya.
Suami Abby yang muda 12 tahun daripadanya, yang juga berasal dari Tumpat Kelantan menetap di rumah Abby Abadi di Taman Melawati manakala keluarga Farhan pula menetap di Bukit Antarabangsa. Wah, Farhan ni dari golongan berada juga rupanya.
Mengikut rancangan, majlis persandingan akan diadakan di rumah pihak perempuan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos ini dan majlis di Tumpat pada 6 September depan.