Pengguna-pengguna jalanraya di seluruh negara telah dihadiahkan dengan suatu kejutan yang menggembirakan apabila jenama coklat nombor satu Malaysia, Cadbury Dairy Milk menghantar sebuah Cadbury Dairy Milk Joy Truck untuk melalui jalan-jalan di sekitar Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru sambil membawa kegembiraan berganda melalui persembahan-persembahan menghiburkan.
Jelas kelihatan dalam warna ungu seakan ajaib, Joy Truck menjadi tumpuan utuama bagi mata pemandu yang letih melalui waktu-waktu kesesakan setiap hari. Pada pandangan pertama, Joy Truck seolah-olah seperti sebuah kenderaan yang biasa sehingga skrin dikelilingnya dinaikkan lalu membongkar persembahan tarian menarik dan pertunjukan silap mata yang menakjubkan. Pemandu dan penumpang yang teruja cuba untuk melihat persembahan tersebut dan orang awam yang lalu berhenti untuk melihat. Ia adalah seperti karnival kegembiraan di dalam kenderaan!
Keseronokan tersebut tidak berakhir di situ – semasa persembahan berlangsung, penganjur berjalan di sekitar kawasan untuk menyampaikan coklat Cadbury Dairy Milk percuma kepada pemandu dan penumpang untuk dinikmati. Pengguna jalan raya kelihatan gembira menikmati coklat mereka sambil menikmati persembahan yang menyeronokkan sementara menghilangkan beban lalu lintas dalam fikiran mereka.
IKLAN
Cadbury Dairy Milk Joy Truck akan memulakan perjalanan ke jalan-jalan yang paling sibuk di seluruh Semenanjung Malaysia dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang bermula 10 Julai antara jam 4.30 petang sehingga jam 9.00 malam. Joy Truck bermula di Pulau Pinang sebelum menuju ke selatan ke Lembah Klang dan kemudiaan terus ke Johor.
Mereka yang berpeluang untuk menyaksikan Joy Truck adalah digalakkan untuk berkongsi pengalaman mereka melalui Twitter dan Instagram @CadburyMY dan hashtag #JoyTruck. Untuk maklumat lanjut mengenai Cadbury Dairy Milk Joy Truck, sila layari www.facebook.com/CadburyDairyMilk.