Kami telah menulis mengenai artikel kanak-kanak bukan Islam di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Pristana di Sungai Buloh, Selangor disuruh berehat dan makan di dalam bilik persalinan di sekolah tersebut. Oleh kerana kisah ini telah menjadi ‘panas’ di internet, Timbalan Menteri Pendidikan II iaitu YB P. Kamalanathan a/l Panchanathan telah memberikan komen dan mengambil tindakan segera bagi menangani isu tersebut di laman sosial Twitter
Baca artikel Kanak-Kanak Sekolah Rendah Bukan Islam Diarah Makan Di Dalam Bilik Persalinan ( 9 Gambar )
1. Beliau telah menghubungi sekolah SK Seri Pristina untuk menukar tempat makan kanak-kanak bukan Islam tersebut kepada tempat yang lebih selesa dan bersih.
2. Siasatan dan tindakan susulan juga akan dikenakan terhadap sekolah SK Seri Pristina.
3. Sekolah seharusnya menyediakan kantin sementara bagi membolehkan kanak-kanak bukan Islam makan semasa waktu rehat, dan tindakan mengarahkan kanak-kanak makan di dalam bilik persalinan adalah tidak wajar meskipun alasan kantin sedang diubah suai, ianya tidak dapat diterima.
4. Kementerian akan memastikan kejadian tidak akan berulang di sekolah-sekolah lain di seluruh negara.
5. YB mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang begitu prihatin.